Wednesday, 30 November 2011

Hamparan Lautan Banjir


Sekarang di corong-corong radio, televisyen, facebook duk cakap pasal banjir. Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang boleh dikatakan teruk dilanda banjir. 

Kampungku juga tak terlepas dari bencana alam ini. Malah tahun ini lebih teruk dari tahun lepas. Jalan nak menuju ke kampungku terputus. Ramai juga yang kena pindah. Orang kampung gotong royong membantu memindahkan mangsa banjir. 

Langkah penting yang perlu di ambil ialah pergi ke tempat tinggi dan selamat. Minta bantuan penyelamat. Jangan sesekali lalu kawasan banjir dan arus deras. Ia sangat memberhayakan.

Tapi budak-budak yang paling seronok. Dah jadi pesta air, ingat Sunway Lagoon ke? Tambahan pula cuti sekolah.  Ibu bapa pastikan kawal keselamatan anak-anak. Awasi pergerakan mereka jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai dan lombong.  Dalam situasi ini juga kabel atau wayar sangat sensitif. Jauhkan diri dan tolong jangan sentuh kabel dan wayar jatuh. 

Kalau anda tergolong dalam mangsa banjir ini pastikan dokemen penting simpan di tempat yang selamat. Kalau dah hilang semua tu bukan senang nak dapat balik.

Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui televisyen dan radio. Kalau nak dapatkan bantuan boleh  hubungi talian 999. Kalau dah musim-musim tengkujuh ni, tanah runtuh pun boleh berlaku. Struktur tanah yang lemah akibat hujan akan menyebabkan jalan tersebut agak merbahaya. Kadang-kadang ada juga pokok-pokok tumbang. Dengan itu rancang perjalanan anda. Pastikan perjalanan anda selamat. Setidak-tidaknya tak la sia-sia perjalanan anda. 

Jom Layan Gambar-Gambar Banjir di Kampungku....


Hujan pun tak kisah janji leh main air


Opiz tutup...pokok getah basah

Pesta main air....

Tak tau mano darat mano satu sungai..seia dan sekata


sign diletak 500 meter dari lokasi banjir. Tak lah orang terkejut beruk 


Wednesday, 2 November 2011

my buddy

Ni Our Bos. 

Part yang seronok datang kerja salah satunya jumpa kawan-kawan la.  yang priority nyer sure la tanggungjawab ke atas kerja yang diberikan.Dapat lak bos2 yang baik2. Sangat la memahami. yang penting isi borang keluar nak inform. jangan nak g mana2 senyap jer. tau2 xder. yang tu bos tak suka okey? so patuh la arahan mereka. kalau xder diaorang kurang sikit patah perkataan yang terkeluar.  Mereka juga la tempat nak luahkan perasaan, nak hoha.hoha... nak jalan2, nak makan2. macam2 la...dalam klik kitorang aku yang paling muda. muda x muda sgt la dah 28. tapi semua nyer peringkat kakak2 aku. LUV U ALL....

My buddy

yuni, me, kak tie, fiza

Tuesday, 1 November 2011

Join Gomen

16 april 2007 aku melaporkan diri sebagai penjawat awam. Tarikh ini perlu aku ingat sebab kebanyakkan borang ada tanya bila tarikh lapor diri. opiz pertama di bangunan BERNAMA. Bukan senang nak menjadi penjawat awam yang sah dalam jawatannya. aku wajib menjalani 2 kurus iaitu kursus induksi umum dan kursus asas. Aku wajib amik 2 exam iaitu exam spa dan exam jabatan. part yang kena bg ceramah yg paling nerbes ni. alhamdulillah tak smpi setahun aku dah sah dalam jawatan. sekarang dah nak masuk 5 tahun aku kerja...still tempat lama lagi. tapi dah 2 kali pindah opiz. dari BERNAMA ke Sime DARBY. sekarang di
Putrajaya.

First posting kat BERNAMA. Kat sini tak lama. beberapa bulan jer pindah sime darby. 

Sime Darby. Tempat yang paling best. Banyak pilihan nak makan. Tempat shoppping dekat. Sogo, Jalan Tar, Maju Junction, KK Home Deco winduuuuuuuuu arrrrrrrrrrr. 

Sedang memupuk rasa kecintaan walaupun dalam keterpaksaan. tak kenal maka tak cinta. mula2 mati kutu gak. jauh temapt shopping, nak makan pun tak banyak choice, AG la jad pilihan sokmo pun. Nak beli ayam goreng pun berebut2. Pelik betul la.... nak tukar selera g la g presint 9 dan warisan.