Saturday, 31 December 2011

Macaroni Carbonara Mushroom

Hubby call ada kawan kami nak datang. Dah hampir 2 tahun tak jumpa. Dia pun ada 3 anak. I....baru sorang. So mula la terpikir nak masak aper....Godek2 almari. jumpa la pasta. Pasta memang wajib ada kat dapurku. Terlintas di kepala nak wat carbonara spaghetti atau spaghetti bolognese. Spagheti tak der.Makaroni dan spiral pasta jer ada. Janji pasta kan. Untuk tak terlalu rasa muak, kali ni aku tak letak cheese dan letak iar lebih sikit. Lagipun dah lama tak makan carbonara. Masa aku kerja kat kl ari tu, boleh la makan dekat Maju Junction, kat food court atas tu. Tapi sejak pindah ni tak merasa la. Aku suka kat situ, tempat lain kureng la. So nak tak nak kena wat sendiri la.

Ini lah hasilnyer taraaaaaaaaa....tapi takder la hiasan, sebab nak masuk peyut sendiri kan.....

Macaroni Carbonara Mushroom. Letak mushroom banyak2. 


Friday, 30 December 2011

Essential Baby Box




It is a (bright and colourful) container that holds a changing mat, diapers and baby wipes inside it!! 


The essential baby box
It’s the go everywhere plastic nappy wallet that fits into your lifestyle and your handbag! Comes complete with:
Unique dual access wipes hatches
Wipe clean change mat
Storage for nappies and disposable bags
Built-in refillable wipes container
Flexible arm to keep everything in place
BPA, Phthalates and PVC free


Keep one in your handbag, nappy bag, car and pram, so you’ll never be without your essential baby box.


Jenuh aku duk mencari Essential Baby Box. Ada jual kat ner yer? Ada saper2 tau tak? Aku nak beli utk Jauza Rania ni. Setakat nak kuar kejap boleh la bawak ni. Dah g mother care, modernmum tak der....Nak order online mahal sangat la pulak. Nak shopping pun agak2 la kan. Kena budget jugak la.


Yang aku duk google pun ada kat sini jer...Kat semenanjung aku tak jumpa lagi la....


2-4, Lorong Seduan 6, 96000 Sibu,SarawakSpring Maternity(Lot 1F-27) Bangsar Village II, 2, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, Tel: 03 2283 1680

Thursday, 29 December 2011

Best Ker Ombak Rindu?

Jom Layan Ombak Rindu. tak pergi tengok asyik tangguh jer. Last layan kat sini jer. Orang lain dah beberapa kali tengok. aku br nak layan. Save la sikit kan....

OMBAK RINDU

Wednesday, 28 December 2011

spend time with my loves

24.12.2011

Rutin macam biasa. Pagi2 lagi g pasar. Beli lauk dan sayur untuk stock seminggu....Singgah bekpes kat Mc D.
Kemas umah, Masak-masak, lepak-lepak tengok tv.

tempat first2 yg wajib dituju .....


Baru menuju ke sayur-sayuran

Malam sikit kuar g beli susu rania. sebab tengok dalam paper, ada sales. at least boleh la jimatkan...
ni lah hasil tangkapan.
tengok susu saya....kotak + tin


25.12.2011
Hari ni bekpes dengan makaroni goreng. Pas tu kami kaur ke kl, hubby drop aku dan nia kat sogo. wow syurga shopping. dah hampir 3 bulan tak menjejaki sogo sejak pindah putrajaya. rindu dengan sogo. First tempat mesti la aku g kat pinggan mangkuk. sure la Corelle kan. katapun feveret. Tempat wajib kat sogo mestilah dekat kids kan...pusing2 dengan rania kat atas tu. Dia ternampak bj angry bird, chop dulu pastu hubby bayar. 

Ni baju angry bird yg ke-3 saya


mi nak naik pend (elephant).....3 round okey...RM3. Nasib baik ada syiling. sementara tunggu daddy kan
After kl kami gerak ke shah alam lak.....hubby nak cari barang dia....teman dia lak, tapi si anak dara ni lak yang over. kita tengok apa yang dia grab. 

Rania yang pilih.....minat sangat dengan Cars. Kuat betul pengaruh tv.

See..posing sakan...

Cars by adidas

Baju dah..kasut lak...ok tak?


Nak beli yg ni, nak sama dengan daddy saya.

Balik dari shop-shop ni, semua kepenatan. After maghrib hubby suh siap2 nak g tengok bola lak. Kelantan vs KL.  kami pergi , tak la ramai sangat, sebab ni perlawanan persahabatan jer. Tiket pun RM10 jer. Rania free la...Khairul Fahmi tak main la, nampak dr jauh jer dia. Rania excited la dengan baju cars dan kasut puma dia tu....tak berbaloi, tak sampai setengah jam, rania ajak kami balik. Boring agaknyer., sebab tak leh walk-walk, run-run kan...Berbaloi la kami pergi. kelantan menang 2-0. Tahniah!

Dah ready nak g tengok bola..angry bird tak tinggal yer..bawa sekali.

26.12.2011
Hari ni cuti krismas. Biasa kerja2 kemas rumah dibuat pada sabtu dan ahad. Tapi bila dah cuti panjang ni, mula nak extend2 kan. Arini cuti so  pulun  kemas umah la.tapi tak lama pun leh tersusun rapi, pastu rania lak kemas.. Iron baju daddy tugas wajib. ada la dalam 30 helai...tu biasa jer...paling sikit pun 20 helai....So hari ini adalah hari bermalas-malas di rumah sambil layan si kecik ni. Tapi satu jer masalah nyer. Kalu mummy dan daddy ada kat umah, dia  kurang makan. Asyik nak main jer. 

Petang-petang sikit, bawak rania kelaur. tak der g mana pun. G bengkel daddy jer....Lepak kat bengkel. Borak-borak dengan kakak kerani. 

27.12.2011
Hari aku cuti lagi....dah lama cuti rasa malas-malasan nak g kerja. Ni amik cuti yg tanpa rekod. Tugasan sama jer. kemas umah. 

Tenghari kuar dengan nia n hubby g tabung haji nak masukkan duit rania. Pecah tabung sekali. dah overload dah....tabung haji punya lah ramai manusia. last2 g bank rakyat jer. bank in kat sana. then, teman hubby beli minyak kereta untuk stok bengkel....kedai itu ini. Lepak kat bengkel, kak kerani goreng keropok lekor....sedap nyer.  Balik dari bengkel singgah tesco beli pampers rania. pastu terus balik kepenatan. 

28.12.2011
Cuti lagi yahooooooooooo....tak der g mana. lepak umah jer. golek2 dengan buah hati tersayang. hubby biasa lah ke bengkel nyer....dah beberapa hari kuar, duit pun mengalir macam air jer....yg best nyer dapat message daddy tak jadi outsatation...yippieeee.....
       
Petang dapat call dr hubby mentua nak datang. Happy sebab lama betul tak jumpa. kalau adik-adik datang sekali kan best. abah datang atas uusan kerja. Dinner semua kat umah....masak simple-simple jer, sebab dalam keadaan urgent. Harap2 semua okey....

Cuti kami banyak menghabiskan masa bersama. .Alhamdulillah dengan kehadiran Jauza Rania Bt J Shalany menyerikan rumah tangga kami....Walaupun tak bercuti ke mana-mana kami tetap seronok. Short holiday but quality time for us.....







Saturday, 24 December 2011

Kasih Bapa Membawa Bahagia, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Jauza Rania..............


Anak daddy ni.....rania sangat rapat dengan daddynya. Tdo pun bawak ketiak bapak jer. First time daddy outsation after aku abis pantang inilah jadinya.   Malam susah nak tido. Asyik nangis jer. Aku amik baju hubby yg belum pakai lagi, tak makan saman, makin kuat nangis, Last ambik baju yang tak basuh lagi, spray perfume sikit then selimutkan dia, Terus berhenti nangis, tidur sampai pagi....Terharu beb.....
`



Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?” Perempuan itu menjawab, “yang aku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku” Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya” Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjaga ku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”
(di petik dari http://saifulislam.com/4108)

Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu. Kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan balasan, samada ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.

*
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim dengan kerabat.” (HR Imam Ahmad)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.” (HR Muslim)

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 24)

Lala Bersos Dan Sup Ayam

Menu tengahai di ari sabtu ni....ni jer yg termampu masak. simple-simple sajer janji kenyanag. Menu ialah lala masak bersos, sup ayam, ikan kerisi goreng, ulam dan tidak pernah ketinggalan budu, wajib ada walau apepun hidangan.


Makanan feveret my mum

Makanan feveret hubby


Makanan feveret aku........semua makan. 

Thursday, 22 December 2011

Checklist Bakal Pengantin


special to my buddy.....................


Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•Wang tanda (hantaran)
•Baju sepasang atau kain
•Buah-buahan
•Kuih-muih
•Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


PADA HARI PERTUNANGAN:
•Cincin berlian
•Sirih junjung
•Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
•Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:
•Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•Membeli cincin kahwin.
•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:
•Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Membeli barang kemas
•Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Jauhi Sifat Mazmumah dan dekati Sifat Mahmudah


Hati yang penuh dengan titik hitam

Seorang Muslim Menjauhi Sifat Tercela

Sebagai seseorang yang ingin dipandang oleh ALLAh SWT dengan pandangan istimewa, manusia itu memang kena berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan jiwa dan diri mereka sendiri dari sifat-sifat yang tercelah. Antara sifat itu ialah hasad dengki, takbur, saling memfitnah, ujub, meninggalkan solat, derhaka kepada kedua orang tua dan banyak lagi sifat-sifat itu yang sememangnya selalu singgah dalam kehidupan manusia. Astaghfirullah.

Berusaha. Sekali lagi ditekankan, berusaha. Kerana saya tahu kita sedang berusaha.

Anda tahu, sifat-sifat itu semuanya memang nampak jelek, bukan? Bukan itu saja, semuanya bertentangan dengan ajaran agama dan budaya hidup manusia itu sendiri, malahan.

Dan saya percaya, siapapun diantara kita tidak menyukai sifat-sifat mazmumah ini. Dengan sifat-sifat itu dalam diri, pasti hati terasa tidak tenang dan sentiasa tidak kena. Hidup tidak tenteram dan sentiasa keresahan.

Semasa membelek-belek bahan bacaan, saya terjumpa dengan hadis berikut. Juga mengenai hati yang pada mulanya dikotori sedikit demi sedikit dan akhirnya kotoran itu menguasai hati empunya pemilik badan.

“Seorang mukmin jika dia berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya senoktah titik warna hitam. Dan jika dia menyedari akan kesalahan dan dosanya itu, lalu beristighfar maka hatinya akan kembali putih bersih. Manakala jika ditambah pula dengan dosa lain, noktah itu bertambah menutupi hatinya. Inilah yang disebutkan ALLAh : ‘Sungguh telah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka sendiri’.” – HR. Al-Hakim, Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah

Nampak kan? Setitik demi setitik, akhirnya menutupi yang bersih.

Begitulah perumpamaan diri manusia. Apa sahaja penyakit, jika tidak dirawat, pasti akan membuatkan empunya diri menanggung kesakitan yang lebih. Menyakitkan? Memang. Sehingga apabila hawa nafsu didorong oleh syaitan dan manusia tidak ingin membersihkannya, pasti hatinya bertambah kotor, hitam, jijik sehingga hatinya menjadi gelap gelita dan akhirnya, dia tidak nampak lagi kebenaran dan jalan yang lurus.

Hati yang gelap, menutup pintu kebenaran!

Sememangnya, sifat-sifat itu pasti akan menyusup masuk ke dalam hati dalam menjalani kehidupan seharian. Dan tanpa manusia sedari pun. Tetapi orang yang bijak adalah orang yang apabila ia sedar sifat itu singgah di hatinya, maka dia terus membuangnya jauh-jauhnya.

Paling senang dalam kehidupan manusia ialah, berbaik sangka.

Mari Suburkan Jiwa Dengan Iman dan Takwa

Kita ini, sebagai manusia dan hati kita ini akan mudah menerima pujuk rayu dan macam-macam sogokan yang mencairkan hati, tidak kira sama ada perkara yang baik atau sebaliknya.

Nafsu syahwat, marah, tamak dan kejam terletaknya di dalam hati yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Dan hati pula, mudah menerima apa yang Tuannya cuba masukkan. Dan oleh sebab itu, syaitan akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan hati manusia. Dan apabila hati manusia terpesong, itu bermakna kemenangan bagi golongan syaitan dan kekalahan bagi anda.

Anda suka syaitan gembira bersorak atas kelalaian anda? Pastinya tidak.

Dengan akal, manusia dikurniakan. Oleh itu hati kecil itu memerlukan dorongan akal fikiran yang akan melorongkan kepada keimanan kepada ALLAh SWT. Dan dengan itu, hati sentiasa memilih jalan kebaikan. Iman dan Takwa akan menjadi penyelamat.

Susah sangat?

Hei sahabat! (merapatkan bahu kamu ke bahuku)
Lupakah pada janji ALLAh? Sesiapa yang membantu dirinya sendiri dan membantu memakmurkan agama ALLAh, pertolongan ALLAh pasti tiba dari arah yang tidak disangka-sangka dan tanpa disedari oleh manusia itu sendiri pun. Nah, kena yakin ini. Sematkan dalam hati. Itu, dalam hati kecil itu.

Sebuah Hadis Qudsi,

“Aku telah ciptakan hamba-Ku berada di jalan agama yang lurus dan mereka telah didatangi syaitan yang menyesatkan mereka dari ajaran agama mereka, dan mengharamkan kepada mereka apa yang telah aku halalkan dan menyuruh mereka mensyirikkan dengan Aku apa yang tidak pernah Aku turunkan kuasa kepadanya..” – Hadis Qudsi

Maka benarlah tipu daya syaitan itu. Memang tidak ada keraguan padanya.

Zikrullah dan Muhasabah Selalu

Salah satu cara untuk menyuburkan jiwa adalah, mengingati ALLAh dan memuhasabah diri selalu. Banyak cara anda tersendiri mengingati ALLAh. Dan banyak cara juga untuk anda memuhasabah diri sendiri. Melahirkan rasa keinsafan terhadap diri sendiri.

Sepatutnya, kerana sifat kita yang lemah untuk berhadapan dengan tipu daya syaitan ini, kita harus selalu mendekatkan diri kepadanya. Selalu dan sentiasa.

Seorang muslim itu, apabila hatinya subur dengan mengingati ALLAh, maka syaitan akan sedikit berada dalam kesusahan. Kerana syaitan tahu, anda tidak senang untuk digoda. Kerana pemerhatian anda telah ALLAh mantapkan melihat pada jalan-Nya yang lurus.

Lagi, salah satu untuk menyuburkan jiwa adalah melakukan perkara yang bertentangan dengan sifat mazmumah, iaitu sifat mahmudah. Sifat yang baik lagi terpuji. Nah, anda percaya tidak kalau saya katakan apabila manusia mengamalkan sifat mahmudah, pasti sifat mazmumah itu akan terbunuh dengan sendirinya.

Senyum.

Jangan merasa susah untuk hal ini. Kerana janji ALLAh, tiada apa yang mustahil bagi-Nya!

Nah. Bagaimana? Mahu berpimpin tangan bersama saya?

Mari, saya juga memerlukan anda. Senyum.

Semoga ALLAh merahmati.

Wednesday, 21 December 2011

5 Cara Kuatkan Iman Dan Lawan Syaitan


Pertama: YAKIN dengan segala amalan yang kita lakukan untuk Allah s.w.t tanpa rasa ragu serta melaksanakan sesuatu amalan tanpa niat untuk mengikut orang lain atau taklid dan sebagainya.

Kedua: IKHLAS dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t kerana tanpa keikhlasan segala amalan yang kita lakukan tidak diterima oleh Allah. Dalam masa yang sama jauhi sifat bongkak, riak, rasa ujub dalam melaksanakan ibadah kerana niat yang terpesong itu akan meruntuhkan iman kita.

Ketiga: AMALAN SUNAT dalam ibadah seharian adalah digalakkan oleh Rasulullah s.a.w kerana amalan-amalan sunat akan menyempurnakan amalan-amalan wajib dan sangat disukai oleh allah s.w.t bagi sesiapa yang melakukannya dan menjadikan iman seseorang itu meningkat.

Keempat: ISTIQAMAH dalam beramal. Ia bermaksud kita hendaklah sentiasa mengekalkan amalan ibadah yang dilakukan walaupun sedikit tetapi berterusan. Orang yang beristiqamah dalam amal ibadah dijanjikan Allah s.w.t dengan ganjaran syurga.

Kelima: BERAKHLAK ketika beramal. Iaitu dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t seseorang itu hendaklah beradab dan mempunyai tatasusila serta penuh dengan tertib. Hati, fikiran dan tingkahlaku kita perlu khusyuk dalam melaksanakan setiap ibadah yang diperintahkan-Nya

Taati ibu, jangan sakit hati suami


Drama SELIMUT PUTIH mengisahkan dua wanita yang derhaka kepada suami mereka. Akhirnya mereka menerima balasan di mana anaknya pula menderhaka kepadanya. Akhir cerita, si anak juga kemudian mendapat balasan atas dosa menderhaka terhadap ibu mereka.

Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya.

Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kepada siapa harus aku memberikan bakti. Baginda SAW menjawab: ‘Ibumu…’ sebanyak tiga kali. Ditanya kali keempat, barulah Baginda SAW menjawab: ‘Ayahmu…’.

Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab, “Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”

Hadis ini menjelaskan bahawa tugas anak berbakti kepada ibu adalah lebih besar ganjarannya daripada berjihad di jalan Allah.

Namun, kita perlu jelas bahawa mentaati ibu atau sesiapa sekalipun tidak boleh melepasi ketaatan kita kepada Allah. Arahan dan kasih sayang kepada ibu tidak boleh menyebabkan kita taat sehingga melakukan perkara ditegah Allah.

Ia berdasarkan arahan Rasulullah SAW bermaksud, “Jangan kamu taat kepada makhluk dalam hal yang melanggari Allah.”

Setiap anak perlu sentiasa mentaati arahan yang baik dan dosa menderhaka kepada ibu dan bapa adalah termasuk dalam tujuh dosa yang sangat besar.

Sementara itu, seorang isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab besar terhadap suami yang tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya akan mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri nusyuz (derhaka).

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jika syurga seorang lelaki atau seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang isteri ialah di bawah tapak kaki suaminya.

Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Tanda isteri nusyuz banyak, antaranya:

Menyakiti hati suami

Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).

Puasa sunat dan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa izin

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)

Meminta cerai tanpa sebab

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

·Menolak bersetubuh tanpa alasan

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam Undang-undang Kekeluargaan Islam di negara ini ada peruntukan mengenai hukuman terhadap isteri yang derhaka (nusyuz) kepada suami. Contohnya, Seksyen 130 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan seorang isteri derhaka boleh dihukum denda tidak melebihi RM100, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak melebihi RM500.

Walaupun hukumannya tidak tinggi, isteri nusyuz tidak akan terlepas daripada balasan hukuman di akhirat. Nusyuz juga boleh memberi kesan kepada kedudukan nafkah isteri yang wajib disempurnakan suami.

Walau bagaimanapun, belum ada undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap anak yang menderhaka terhadap ibu atau bapanya.

Mungkin penggubal undang-undang boleh mengkaji perkara itu untuk memasukkan peruntukan dan hukuman sesuai terhadap pihak yang mengabaikan atau menderhaka terhadap ibu bapanya.

Penulis ialah Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke admin@pgsm.org.my

syurga seorang anak lelaki adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang istri ialah di bawah tapak kaki suaminya


istri yang baik adalah istri yang memuliakan suaminya, di atas yang lainnya. dan suami yang baik adalah suami yang memuliakan ibu kandungnya, di atas yang lainnya.

“apabila seorang wanita menjaga shalat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya niscaya dia akan masuk surga DARI PINTU MANA SAJA yang dia inginkan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)

ketaatan kepada orangtua bagi seorang istri, tidak boleh berada di atas ketaatannya kepada suami.
kunci surga bagi seorang perempuan menikah, tak lagi ada pada orangtuanya, tapi sudah berpindah kepada suaminya.
Rasulullah saw dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah: “aku pernah bertanya kepada Baginda, “siapakah orang yang paling berhak atas seorang istri?” baginda menjawab: “orang yang paling berhak kepada istri ialah suaminya.” kemudian aku bertanya lagi, “dan siapakah orang yang paling berhak atas seorang suami?” baginda menjawab: “orang yang paling berhak atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

syurga seorang anak lelaki adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang istri ialah di bawah tapak kaki suaminya. bahkan Rasulullah saw pernah bersabda “sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, niscaya aku perintahkan seorang istri bersujud kepada suaminya.” (hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Imam Ahmad dan al-Hakim meriwayatkan dari al-Husain bin Mihshan bahwa bibinya datang kepada Nabi saw untuk suatu keperluan. setelah dia selesai dari keperluannya, Nabi saw bertanya kepada bibi al-Husain, “apakah kamu bersuami?” dia menjawab, “ya.” Rasulullah bertanya, “bagaimana dirimu terhadapnya?” dia menjawab, “saya tidak melalaikannya kecuali jika saya tidak mampu.” maka Rasulullah saw bersabda, “lihatlah dirimu daripadanya, karena dia adalah surga dan nerakamu.”


UNTUK PARA SUAMI selain kewajiban kepada ibunya, suami juga berkewajiban membahagiakan isteri dan anak2nya, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Muslim yang paling sempurna imannya adalah yang perilakunya paling baik, dan yang terbaik diantara kalian adalah yang perilakunya paling baik pada istri-istrinya.”

“Dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik.” (An-Nisa: 19)

"Hendaknya engkau memberi makan istri kalian sebagaimana yang kalian makan, memberinya pakaian sebagai mana yang kalian kenakan…”

Berkata A’isyah "Rasulullah selalu membantu istrinya. Apabila tiba waktu sholat, beliau pergi untuk menunaikan sholat". (HR.Bukhari dan Tirmidzi) Banyak pekerjaan rumah tangga yang sering beliau kerjakan, seperti memperbaiki sandal, memerah susu, mempersiapkan segala keperluan pribadi, mengasuh anak dan sebagainya. Apabila Rasulullah saja sebagai pemimpin besar umat mau membantu para istrinya, apalagi bagi para laki-laki yang kedudukannya lebih rendah dari beliau, tentu harus lebih "mau" dalam membantu para istrinya.

maka, jangan tanya orang tentang baik buruknya seorang muslimah, tapi tanyakan kepada suami mereka masing-masing, bagaimana sikapnya terhadap suami mereka. sebaliknya tanyakan ahklak seorang muslim pada isterinya.., bagaimana ia memperlakukan isteri mereka Allahu ‘alam.

Tuesday, 20 December 2011

Kucupan Mesra

shayanggggggggg mummy...........
Ahad 18.12.2011 balik dari rumah our bos Pn Manisah, anak beranak landing kekenyangan. Makanan lak sedap2. semua nak rasa. Makan nasi, makan bubur. Macam ular berlingkau lak....Mommy dengan daddy berlabuh terlebih dahulu. BB syok lagi duk main laptop. Aku masa tu tido-tido ayam jer la, buat2 tdo sebab suruh anak tdo. Tak layan dia. Konon dia nampak aku tdo. Rania datang selimutkan aku, dan tinggalkan satu kucupan kasih sayang kat dahiku. Luluh dan terharu hati mummy sayang. Begitu besar kasih sayang anak terhadap mak nyer....we luv u so much my little princess Jauza Rania BT J Shalany. 

Sunday, 18 December 2011

Butter Prawn

Semalam mengidam nak makan butter prawn. Bahan2 semua ada. Cuma daun kari jer tak da. So alang2 kuar beli santan nak masak lemak cili api kuar la g pasar.

Butter prawn jadi tak berapa nak jadi. sebab apa kurang jadi, sebab floss dia tak berapa nak jadi. udang memang dah terasa butter nya...Floss dia guna telur kuning jer....Tapi tak berapa nak cantik, tapi akan ku usahakan sampai jadi...nak pandai tak leh berputus asa.

Ada saper2 yang tau tips camner nak wat floss ni?

Makaroni Goreng Simple

Ari ni bangun pagi2 terpikir nak makan aper? nak kuar g beli breakfast malas la pulak. Geledah2 stok makan, jumpa spageti, makaroni, spiral pasta. Tingggg....terdetik nak makan makaroni goreng....

tadaaaaaaaaaaaaaa.....


Ni gambar hiasan. sebab tadi lupa nak snap....

Jom masak guna Vision

Orang nak aku pun nak. Berdasarkan pengalaman orang luar sana, guna vison best wat masak. Senang guna vision ni. So terus la beli. Tapi sekarang still dalam kotak lagi la, br guna satu...bondaku tak selesa nak guna vision sebab dia cakap zaman dia mana ada vision ni, periuk tanah ada la. so guna je la satu. Aku pun selesa guna periuk. Dah lama guna periuk, kan? janji leh masak dan leh makan. Dalam hati kecil ini bermonolog, nanti masuk umah baru nanti kita guna la....Bak kata suami nak beli boleh, jangan buat hiasan.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Dah lama aku kenal, tapi aku tak cinta jer. sekarang bila dah selalu jumpa, br aku jatuh cinta. "CORELLE" nama dia. Lepas kahwin br serius meminati corelle. aku ingat aku jer minat, tp masuk hubby pun suka, before kahwin dia dah beli dulu. Terbeli atau suka, no comment. Nak beli terus banyakk set, tak mampu sebab set dia semua RM400 above. so kumpul la satu-satu, pastu top up sikit2 mana yang tak cukup. Lama2 cukup la set dia. Beli terus pakai yer, jangan simpan. Tetamu datang br  nak guna. Kita yang beli tak nak merasa ker. Beli mahal orang lain rasa. oooo tidak.. guna jer...Best guna dia sebab ringan, leh masuk microwave. Kalau jatuh susah nak pecah, ada gak beberapa  kali jatuh, alhamdulillah lagi selamat walaupun menjerit.....sayang oiii. satu pinggan dah rm66. Baru ada 3 collection. ni pun tak tau bila la nak tambah....5 tahun lagi kot....
Set yang pertama. Umurnya dah lebih 5 tahun.
Set Kedua.

plus 
set casserole

set 3, design yang paling aku suka. 

Bila nak tambah.................................????????


Tuesday, 13 December 2011

Bestnyer Menikmati Durian....

kekuning-kuningan. sedapnyer.........

Malam tadi hubby belikan durian. Ya allah nikmatnya makan. aku sorang jer sebiji abis. Ari ni nak g beli beras pulut, nak makan  surian dengan pulut + santan + gula. dap2 nyer..tambah2 durian kampung kan. Musang King pun sedap, tapi agak mahal yer. hubby pernah beli RM68 sebiji. tapi nak makan sangat punya pasal, belikan jua. Tempoyak aku tak makan lak, sebab bau dia camtu dan appearance tempoyak cam gtu kan...gulai tempoyak lagi la aku nak muntah, bau dia. padahal main dia durian juga. orignal durian jer makan, durian dah di modified tak leh masuk la....setengah orang tak suka durian, sebab bau dia kuat sangat kan. ada yang pening bau. Nasib baik allah bagi deria bau yang aku leh terima bau durian, dan nikmat lidah yang leh merasa durian. Kalau tak ada deria dan bau ni, tak merasa la aku nak makan durian. MUNGKIN buah lain lak aku tak leh terima, lain orang lain citarasa nyer kan....rugikan. Tapi tak per la.Bersyukur lah diatas nikmat yang diberi. terima kasih b, sbb belikan durian, dia dah tau durian antara buah favorite wife dia.

Monday, 12 December 2011

Terima Kasih En Suami


Terima kasih b, sbb bg surprise present. Pe2 pun thank a lot. Luv u so much.......Banyak pilihan polo gak pilihan dia. ni adalah botol kedua. Tak pernah repeat perfume yang sama, abis jer tukar bauan2 lain. tapi polo ni ni jer the first aku continue pakai. really appreciate it.


Sunday, 11 December 2011

Daddy nak ngok (tengok) fish

ahad lepas on the spot plan nak g tgk fish....anak dara daddy nia asyik nak tgk fish dan cat jer memanjang. so masa tengah makan2 kat pantai Dalam daddy wat decision nak bawak bb g Aquaria. Tanya dia " bb nak g tengok fish x? " nok-nok, b nok engok fish". sangatlah xcited. dia yg paling awal siap.

walaupun berjalan jauh untuk ke Aquaria, tapi demi anak sanggup kami gagahi. mummy yang excited lebih bak kata daddy. tak per la, janji kita happy kan....lagipun dah lama tak g jalan2 klcc.

Budak tak nak naik stroller....

Geram tengok banyak ikan...speechless


anyakkkkkkk nyor   fish.....

Gilir2 dengan daddy. awak tu semangat....

Nak jalan takut......sbb tengok fish besau2

Terkejut sebab first time tengok turtle besar....bak kata nia, 
"miiii syarrr nyo totol ni...."

Saturday, 10 December 2011

Dah Besar Anak Dara Mummy

Pejam celik pejam pelik anak dara mummy dengan daddy dah nak masuk 3 tahun yer....sebab tu la orang duk tanya. "anak dah besar, tak nak tambah ker" "rania nak adik tu" "rai bila nak tambah" "jangan gap jauh2 muda lagi u tu". ni antara2 yang selalu berkumandang di telinga aku. adalah reason wahai sahabatku. tak kan nak bgtau orang. ada rezeki ada la. kuasa allah. kita hanya merancang, allah yang mentukan segalanya.

Aku nak tengok permbesaran anak dengan sempurna. Ari2 aku tengok dia. tapi bila masa dia membesar yer. dari tapak kaki sebesar 2 jari, dari 3.7kg sekarang dah 17kg. dulu dr saiz newborn skrg dah saiz 4 tahun. padahal umur br 2 tahun. tapi badan semangat. mummy mmg surrender dah nak dukung dia. anak daddy katakan. sepanjang dia dia berumur 2 tahun ni alhamdulillah senang jaga. xpernah berjaga malam, tak pernah sakit. tapi lain anak lain caranya. no 2 ni harap2 ikut jejak kakak dia la yer.... terima kasih tidak terhingga kat tok mek sebab jaga rania dengan sempurna. aku pun tak sehebat tok mek jaga. banyak lagi kena belajar dengan tok mek ni. sekarang ni dah banyak sgt kerenah dia. duk lawan mulut dengan tok mek dia. tak la kami risau, ssb tok mek yang jaga. senang hati keja....

Daddy dan Mummy SAYANG BB sgt2...............

2minit


2 Hari


2Bulan

5 bulan

1 tahun

2 tahun

2 tahun 5 bulan
.
.
.
.
.
.
.
.
?????????????

Formula 8P - Kebahagian Rumahtangga




1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Alasan Tak Nak Tutup Aurat




Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:- 
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. 
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. 
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan.Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. 
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. 
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 



Manisnya Hidup Menjadi Wanita Islam

Manisnya Wanita Islam


  1. Mungkin sesetengah wanita tidak tahu erti syukur menjadi wanita islam tetapi disini nak dikongsikan sedikit betapa bertuahnya menjadi wanita islam.
  2. Wanita yang manis selalu menjadi pujaan si lelaki.
  3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  4. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
  5. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  6. Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
  7. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
  8. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  9. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
  10. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat….
  11. ….dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
  12. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  13. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
  14. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
  15. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
  16. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
  17. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
  18. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
  19. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
  20. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
  21. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
  22. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
  23. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
  24. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
  25. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
  26. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Belajar Mengaji

Last week, aku shopping Pen Digital Al-Quran. Dah lama duk aim nak beli, tp tunggu dulu. nak survey dulu. Dengan kesabaran yang berbaki itu, aku dapat beli gak al-quran ni. Nak sedapkan hati. Hati ni terusik duk cakap" tupperware, guess, skII boleh beli,tak kan al quran digital ni xleh beli. Nak kena berkira2 jugak ker.  Lain la benda lain aku pun tak beli kan. so aku pun beli la.

Yang bestnyer pen ni satu family boleh guna. anakanak sekali. Lagipun dia user friendly. Ada mp3, speaker dia kuat, pastu dia guna charger mcm handphone. biasa kita tgk guna bateri. pastu ada 8 qari. so kita leh pilih qari mana yang kita suka. Lagi....dia ada terjemahan, tafsir. Untuk muqadam lak, anak-anak leh belajar iqra', belajar semayang. ayat2 lazim, doa2 harian.

Sekarang tiada lagi sikap M(malas). Aku dah try, so far banyak sangat membantu mutu bacaan aku yang tak berapa nak lancar ni. siap dengan hukum tajwid sekali. tau la bacaan panjang macam mana, bacaan pendek , dengung, tak dengung.  Kita pun tau kesilapan kita di mana. so leh la improve kan???? no excuse lagi okey....

Menurut kawan aku, budak2 sekolah skrg dah guna quran digital ni. sekolah anak dia dh lama dh pakai.
ustazah/ustaz boleh la rileks sikit kan. tp mereka juga akan assist budak2 mengaji. sekurang2 nyer ia membantu. tp walaupun kita belajar kena da guru. nnt nak rujuk senang if ada kemusykilan.

Ni la rupa Pen Digital Al-Quran

Pen yang pelbagai fungsi.

Yang senang nyer, sebab manual dia terus ada kat every page quran. volume, pilih qari, tafsir, nak record pun boleh. Takpayah nak cari manual.

Ni Muqadam.


Anak-anak boleh belajar solat melalui buku ni.

See....iqra' pun ada. 

Ni ayat2 lazim. dia guna konsep mengaji dengan guru gaji. Guru nagji baca, anak murid follow. So senang la kita nak follow mereka baca kan....


Set lengkap. Tak guna bateri, guna charger jer. 

quran ni nak bwk g mana2 pun senang. kalau tak nak ganggu orang, dengar guna earphone. Contohla klu period, kita tak leh nak pegang quran, ia sedaiakan kad, just scan jer pen tu kat surah pilihan kita. dia terus baca the whole surah tu. nak travel balik kampung ker. Nak guna usb dalam kereta pun boleh okey.