Saturday, 23 June 2012

Kerja Di Tempat Baru

Dah sebulan lebih aku kat BPAM. Tapi sejak masuk tempat baru ni aku dah tukar waktu pejabat. Dah tak masuk 7.30 dah. Skrg masuk 8.30, reasonnya..umah dah dekat, jalan tak jem dan aku ada masa panjang untuk siapkan tugasan. Duk BPAM tak mcm duk opiz lama. Kalau buku paling cepat pun kena siapkan dalam 2 week. Kat sini hari-hari kena hantar laporan. Tapi aku enjoy la. So far alhamdulillah rezeki aku di sini. Banyak benda baru yg aku belajar. 

Sebelum aku masuk sini, mcm2 dgr citer pasal BPAM. Semua negatif. Tak membantu betul. Tak kan aku nak duk pdn smpi pencen. Orang duk ckp  BPAM stress, banyak kerja. Aku rasa kat mana-mana pun banyak kerja. Kat mana-mana pun ada masanya balik lewat. Kerja pun kena lebih, klu naik pangkat tapi nak wat kerja 27, fikir-fikir la....

Tapi lain daripada yang lain nyer aku kena p meting setiap hari isnin malam. Meeting bersama KSU dan ahli media. 

Kerja aku kat BPAM biasa2 jer. Aku desk officer untuk program Jelajah Isu Negeri. My baby sekarang. Sekarang program sedang berlangsung. Harap2 semua berjalan dengan lancar. Kerja hari2 biasalah kena baca paper wajib Berita Harian Dan Sinar Harian. Paper pembangkang Harakah dan Keadilan. Selain itu kerja aku memantau blog2 pembangkang. So hasil bacaan, aku kena buat isu, menganalisis isu dan intervensi. Kononnya isu2 yang menjejaskan imej kerajaan la.

Tuesday, 5 June 2012

Rezeki Di Tahun 2012

Alhamdulillah kami memanjat kesyukuran  kepada mu Ya Allah kerana berikan kami rezeki yang tidak ternilai harganya.

Awal march, di suatu petang hubby buat surprise. Ada sekeping surat cinta di tangannya...Dengan rakus aku terus membaca patah demi patah...TAWARAN PEGAWAI PENERANGAN S41 KE JAWATAN TETAP. Alhamdulillah penat lelah aku selama ni berbaloi. Nak dapat bukannya senang. Kena p exam JPA, assesment dan interview...akhirnya apa yang diingi dapat ku gengam jua. Rezeki kami anak beranak. 

29.03.2012 adalah tarikh melapor diri dan tarikh perlantikan aku sebagai s41. Ramai pengambilan baru dalam 55 orang. 10 orang yg sudah berkhidmat di jabatan (termasuk aku).

02.04.2012 hingga 10.04.2012 aku kena p kursus asas. Nasib baik la buat kat Vistana Hotel KL. Aku ulang alik jer g kelas. Last day berkursus dapat good news lagi.

Tadaaaaaaaa....dapat kunci rumah. Double triple excited. Balik dari kursus terus packing barang nak pindah..Penat kursus dah hilang sebab hati dah berbunga-bunga. Pindah mmg penat tp seronok.
Terima kasih buat kawan2 hubby kerana banyak tolong kami semasa pindah.

Aku nak cuti tak boleh sebab aku tanggung kerja kawan opiz aku yang cuti bersalin. Aku tak boleh cuti selama 28 hari berturut-turut. 

Nak jadikan cerita genap 28 hari. Konon aku dah boleh cuti, Tapi surat penempatan dah kuar...Aku kena melaporkan diri Bahagian Analisis dan Pengurasan Maklumat (BPAM), tingkat 29. Aduhai tension betul la....Aku mintak tangguh lapor diri, tp tak boleh sbb konon nak dekat pilihan raya dah kan.... So aku kena akur, sbb aku dah terima jawatan tadi kan...SYMP. 

Banyak lagi nak berceloteh....nnt sambung



Rindu....

Dah lama tak berblogging....sibuk menguruskan macam2 hal....Untuk sentiasa update selalu la kena korbankan sedikit masa. Ada reason sbb lama tak berblog + kerja banyak + travel kerja pun dah jauh...

Bulan Februari aku sibuk uruskan hal rumah...kena settlekan dekat BPH. Nak berkejar ker pejabat peguam lagi...pejabat tanah. Kami wajib settlekan semua. Biasa pemaju yang uruskan. Lagi cepat settle lagi cepat leh duduk.

Alhamdulillah dalam 1 minggu loan dah lulus, geran tanah ok dan urusan lawyer dah settle...