Awal march, di suatu petang hubby buat surprise. Ada sekeping surat cinta di tangannya...Dengan rakus aku terus membaca patah demi patah...TAWARAN PEGAWAI PENERANGAN S41 KE JAWATAN TETAP. Alhamdulillah penat lelah aku selama ni berbaloi. Nak dapat bukannya senang. Kena p exam JPA, assesment dan interview...akhirnya apa yang diingi dapat ku gengam jua. Rezeki kami anak beranak.
29.03.2012 adalah tarikh melapor diri dan tarikh perlantikan aku sebagai s41. Ramai pengambilan baru dalam 55 orang. 10 orang yg sudah berkhidmat di jabatan (termasuk aku).
02.04.2012 hingga 10.04.2012 aku kena p kursus asas. Nasib baik la buat kat Vistana Hotel KL. Aku ulang alik jer g kelas. Last day berkursus dapat good news lagi.
Tadaaaaaaaa....dapat kunci rumah. Double triple excited. Balik dari kursus terus packing barang nak pindah..Penat kursus dah hilang sebab hati dah berbunga-bunga. Pindah mmg penat tp seronok.
Terima kasih buat kawan2 hubby kerana banyak tolong kami semasa pindah.
Aku nak cuti tak boleh sebab aku tanggung kerja kawan opiz aku yang cuti bersalin. Aku tak boleh cuti selama 28 hari berturut-turut.
Nak jadikan cerita genap 28 hari. Konon aku dah boleh cuti, Tapi surat penempatan dah kuar...Aku kena melaporkan diri Bahagian Analisis dan Pengurasan Maklumat (BPAM), tingkat 29. Aduhai tension betul la....Aku mintak tangguh lapor diri, tp tak boleh sbb konon nak dekat pilihan raya dah kan.... So aku kena akur, sbb aku dah terima jawatan tadi kan...SYMP.
Banyak lagi nak berceloteh....nnt sambung
No comments:
Post a Comment