Tuesday, 28 August 2012

Raya 2012

Anak, natu, cucu
Tahun ni merupakan tahun keempat beraya dalam keluarga ni. Tahun ni juga merupakan tahun ketiga bagi Rania sambut eidul fitri. Tapi yang beza nyer tahun ni kami beraya berempat termasuk baby dalam peyut. Insyaallah tahun depan kita beraya berempat secara zahirnya.

Nak cerita tema. Kami kuar dari tema. Asalnya memang nak biru. Tapi last kaler yang dipilih oleh bapa mertuaku ialah kaler gold. Kami dah awal2 tempah teruskan jerla kaler biru ni. Tu yang ketara sangat kaler nyer. Tapi tu tak penting, yang penting ialah hari meraikan kemenangan di hari raya. Kami anak beranak dapat berhimpun di pagi raya.

Puak tino sajo


Tuesday, 14 August 2012

Kedai Makanan MZ Darulnaim

Dah lama kau teringin nak makan kat MZ kg baru ni. Tapi  tidak berkesempatan. Tambah lak dah pindah Salak Tinggi. Tak kan semata-mata nak makan nak g sana. Tak berbaloi. Masa  mengandungkan Rania, memang suka sangat makan kat sini. Lauk dia kena dengan selera kita. Masakan lauk pauk kelate. Kuih2 kelate pun ado. Gapo nok ado belako.

Semalam husband call cakap takyah masak sebab dia dah beli lauk. Tengok ayam percik dia dah tau mesti MZ. Hubby mengesahkan memang dia beli kat MZ. Selera giler makan berbuka semalam. Menu baru dari MZ ialah kerabu ulam.
Terletak d MZ Darulnaim is located at Lorong Haji Hussien 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

Tadaaaaaaaaaa...tengok lauk pauknya.

Menu wajib beli. Ayam percik kuah putih.

Gulai kawah pun wajib beli.

Ni kerabu..Memang sedap la makan dengan nasi panas2.

Orang kelate panggil nek bab. Manis la sikit...Kelate jah ado kuih ni. 

Ni kalau tak 5 plastik beli tok soh. Akok dio banyak telur.

Ni kuih lompat tikam...Pun sedap. Kalau nak makan ni kena balik kelate la gamak nyer.


Alhmadulillah dengan menu2 ni. Terima kasih kasih b kerana menyajikan makanan2 ini yang sudah lama teringin. Akhirnya dapat juga. 

Tahun Ni Pecah Rekod Tak Ke Pasar Ramadhan

Alhamdulillah tahun ni kami berjaya tidak menjejaki tapak pasar ramadhan. Tak perlu merebut nak membeli juadah. Hari-hari masak, walaupun lauk simple tapi perut kenyang. Tak semestinya lauk meriah baru nak kenyang. Kalau ada ikan kering makan dengan nasi panas pun ok jugak. Kuih yg selalu buat ialah buah melaka.

Jiran-jiranku suka sgt bagi makanan. So tak kan nak balas pinggan kosong kan. So apa2 menu un mesti kena buat lebih. Kalau beli tak mampu la aku nak pass kan. Kalau jiran kiri bagi, jiran kanan pun kena la bagi gak. 

Kami kalau tak masak, kami buka kat luar. Sepanjang puasa ni, kami 3 kali buka kat luar. First dekat Pekan Salak. Makan dengan pekerja2 bengkel suamiku. Tak la ramai tapi meriah. Kedua kami celebrate ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4. Alhamdulillah dengan kehadiran puteri sulung, menyerikan lagi rumah tangga kami. Kami raikan hari bersejarah kami di Gold Coast Sepang. View sgt cantikkkkkk.....sgt. G makan2 terus balik jer. Nak stay kat sini kena spend lebih kurang RM500 1 malam. Bilik paling murah. Insyaallah. 


Diantara menu berbuka. Meriah tengok lauk pauk yang terhidang. Tapi banyak mana jer mampu nak makan masa buka. Meratah lauk je la kerja. 

Hari ketiga buka puasa kat luar last week buka puasa kat restauran depan bengkel kami. Ok la makan kat situ. Tapi service lambat. 

Esok dah nak balik kampung.....buka kat kampung lagi meriah sebab semua ada. Buka dengan family.

Thursday, 2 August 2012

Morning Sickness

Mula diserang morning sickness dari awal mengandung. Aku tak pernah merasa morning sickness macam ni masa mengandungkan rania.Time mengandung rania langsung takda alahan. Tup2 tahu mengandung 2 bulan. Yang ni asyik makan jer muntah. Pening tak sangat. Sampai lembik badan. Tapi nasib baik gagah jugak pergi kerja sebab cuti tak banyak tinggal. Lagi sakit belakang macam nak patah jer rasa. Biasa time 8 dan 9 bulan rasa sakit pinggang. Nak urut tak boleh...Nasib baik mak ada tolong usap2 gosok2. minyak pun aku takut nak  sapu, takut panas. walaupun keadaan macam ni aku tak pernah miss minum susu. Setakat mengandung 3 bulan lebih ni hampir 10 kotak dah susu aku minum.




tapi aku bersyukur sebab gejala ni berlaku dalam masa 2 bulan sajer.  Mungkin DIA nak beri kesihatan kepadaku untuk menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah setakat 2 minggu puasa ni leh puasa dengan jayanya. Pagi jer rasa pedih perut dan ulu hati. pastu dalm kul 11 ke atas dah kembali seperti sediakala.

masa ni tak la mengidam makanan pelik2. Masa ni paling suka tutty fruity dan salad tamato + thounsand island.