Thursday, 2 August 2012

Morning Sickness

Mula diserang morning sickness dari awal mengandung. Aku tak pernah merasa morning sickness macam ni masa mengandungkan rania.Time mengandung rania langsung takda alahan. Tup2 tahu mengandung 2 bulan. Yang ni asyik makan jer muntah. Pening tak sangat. Sampai lembik badan. Tapi nasib baik gagah jugak pergi kerja sebab cuti tak banyak tinggal. Lagi sakit belakang macam nak patah jer rasa. Biasa time 8 dan 9 bulan rasa sakit pinggang. Nak urut tak boleh...Nasib baik mak ada tolong usap2 gosok2. minyak pun aku takut nak  sapu, takut panas. walaupun keadaan macam ni aku tak pernah miss minum susu. Setakat mengandung 3 bulan lebih ni hampir 10 kotak dah susu aku minum.




tapi aku bersyukur sebab gejala ni berlaku dalam masa 2 bulan sajer.  Mungkin DIA nak beri kesihatan kepadaku untuk menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah setakat 2 minggu puasa ni leh puasa dengan jayanya. Pagi jer rasa pedih perut dan ulu hati. pastu dalm kul 11 ke atas dah kembali seperti sediakala.

masa ni tak la mengidam makanan pelik2. Masa ni paling suka tutty fruity dan salad tamato + thounsand island.

No comments:

Post a Comment