Wednesday, 21 November 2012

My Lovely Lil JNR

Muka dah kembang semangkuk

First detect aku sakit belakang giler. Badan lak asyik suam2 jer. Mengidam macam2, tapi mengidam benda biasa2 jer. Ingat lagi masa aku kena p outstation pergi kelantan. Naik Air Asia. Dekat2 nak landing baru dia serve makan. Makan dengan laju la. Sampai airport KB dah rasa lain macam. Terus ke hotel. Sampai hotel terus bueeeeekkkk muntah. Sakit kepala tak yah citer la. Kuar makan malam. Balik dr makan muntah lg. Aku asyik duk salahkan Air Asia sbb nak landing br nak serve. Dah la flight rasa terhuyung hayang dah. Aku decide nak makan panadol. Tapi kak chik tak bagi. K.chik risau takut2 mengandung. K.chik pun rasa benda yang sama pening dan rasa nak muntah. Aku rest jer la nk hilangkan sakit kepala. Balik dari kelantan terus check, rupa2 aku result dia positif....Yahoooooooooooooo......melompat kegirangan. Pregnant yang dirancang akhirnya menjadi.

Sejak disahkan mengandung, aku tak sabar2 nak rasa progress baby. Awal peknen biasalah morning sickeness. 4 bulan juga la kena tanggung.  Makan selera tapi muntah balik dan pening2. Masa Rania tu xder morning sickness. Lain anak lain pembawakannya. Tapi aku bersyukur kepada mu bg aku merasa morning sickness. Dugaan mengandung katakan. Mengidam? Tak la sangat. Biasa2 jer. Tapi awal2 peknen suka makan tutty fruity. My hubby dan opismate jd mangsa bawa mak buyung g beli. 

My lil JNR 5 month dah start gerak2. 6 bulan ke atas nak menendang2. Ya allah nikmat tuhan jer tau. Kalau dia tak menendang, risau tahap dewa. Macam2 aku buat suh dia aktif, Pi mandi la, mengaji la, makan la. Bila dah gerak baru la leh bertenang. Mommy senyum genbira. Daddy lak asyik tanya " baby gerak tak ari ni?" .

Sepanjang mengandung ni adalah masalah sikit. HB aku rendah 10.8. Doc suruh banyak makan sayur2 hijau, makan hati dam makanan yang leh naikkan HB la senang citer. Lain masalah xder la sangat. setakat mual muntah tu biasa la. Tp lil JNR ni teruk sikit morning sickness.

Mommy 7 Bulan
Masa 7 bulan ke atas adalah masa dan moment yang paling best. Baby tersangat la aktif asyik mengeras jer kiri kanan? Dalam kepala mula bermain teka teki. BOY or GIRL? Aku tak kisah. Klu boy my hubby la paling suka. Klu gegurl aku aku tak kisah sbb baju2 kakak Nia tak la membazir dan leh main2 dengan kakak. Klu lelaki aku leh shopping baru. So mana2 tak kisah. 

Time ni aku kemaruk jer nak shopping barang baby. Tapi kali ni tak banyak la shopping macam kakak. Top up mana yang patut jer. Tapi bila tengok macam banyak jer. Kalau keluar shopping jer, tak sah tak masuk kedai jual barang baby. Excited macam anak pertama juga. Anak pertama ke kedua ker sama jer, excited menyopping. 

Mommy harap baby sihat. Mommy cuba terbaik menjaga kesihatan baby dan mommy. Mommy nak ank mommy sihat kat dalam. Tak sabar nk jumpa baby 2 bulan lagi. Kakak tiap2 hari cium perut mommy dan said" kakak ayang baby". So sweeettt kakak Nia. We luv u so much dear.


Monday, 19 November 2012

HB oh HB

Darah Merah

Bila mengandung macam2 dugaan. Dugaan second pregnancy ialah low hemoglobin. Dalam fikiran macam2 pikir takut effect baby jer. Aku kena HB rendah masa 5 bulan peknen, 10.8. Doc suruh ambil 2 pil iron. Aku on off amik. Checkup masa 6 bulan 10.5. Risau makin bertambah sbb HB makin turun. Mula la mengelupur. Masa ni baru pasang niat bersungguh nak naikkan HB. Aku  muka makan hati ayam, lembu, paru, bayam, susu x pernah miss la, keju. Apa yang org cakap aku amik jer. Janji HB aku naik. 

19.11.2012 checkup aku 7 bulan minggu ke 30. Berdeabr jer tunggu result. Tp ms nurse amik darah kat jari tengok mcm pekat jer sikit. Masa tu doa banyak supaya takder lagi  masalah HB. Alhamdulillah syukurNYA bila doc ckp" HB awak dah naik, cantik HB awak 12.2". So lepas ni aku tak yah dah nak amik 2 biji pil iron tu. Aku kena kawal juga pemakanan aku supaya HB tak turun dah. Harap sejarah tak mungkin berulang.

Mommy sanggup buat apa sajer demi mu sayang. JANJI  kamu sihat didalam. Mommy nak bby membesar dengan baik tanpa sebarang masalah. 

Thursday, 15 November 2012

Check list Barang Baby

Walaupun dah ada barang2 kakak, tp aku tetap nak bli baru jugak untuk my Lil JNR. Tapi beli tak banyak mcm kakak nia la. Kakak Nia sbb dia yang first semua nak kena beli. Lil JNR ni banyak guna kakak punya.

Guna kakak Nia punya:

  1. Baju lengan pendek/panjang
  2. sarung tangan/kaki
  3. lampin
  4. barut
  5. kain bedung
  6. baby cot

Tambahan (sikit jer):

  1. Baju lengan pendek/panjang
  2. sarung tangan/kaki
  3. lampin/pampers
  4. barut bayi
  5. kain bedung
  6. tuala mandi
  7. bakul pakaian
  8. tikar getah bayi
  9. mandian

Antara barang WAJIB yang nak kena beli;

1.Tilam dari Bumblee Bee
2.Tilamkabu (Dah beli,)

3. Mandian Eubos 
(Mandian wajib untuk anak-anak, mmg terbaik. Walupun tak der aczema aku guna dari rania lahir smpi skrg. Rania dari lahir smpi skrg tak pernah kena aczema. So my lil JNR pun aku nak guna Eubos jugak. 



4. Botol Susu
Planning nak beli botol susu pigeon peristaltic Plus ni.  Banyak kes baby tersedak susu. Susu tak akan meleleh keluar kalau bby tak hisap. Dia hanya keluar bila bby hisap jer. Kena juga pemantauan. Cuma kita minimize kan lelehan susu tu jer la, takut tersedak. Ta guna beli botol cantik dan canggih kalau puting tak sesuai. Harga pun berpatutan. Tak silap dalam RM55 160ml.  Masa kakak Nia tak der lagi botol ni. Kakak hanya guna puting dari pigeon jer yang saiz X dan L. Pigeon mmg the best la setakat ni. Botol lain guna jugak tapi tak sekerap Pigeon. 

Pigeon Peristaltic Plus


Botol ni dah lama berkenan. Tp kakak Nia tak suka sbb tak train dia dari bby lagi. So my lil JNR ni akan ku try guna. Botol susu ni biasa la ada BPA free, anti colic dan yang paling aku suka ialah susu keluar bila baby hisap. 

Tommee Tippee

5. Breast Pump
Masih dalam dilema nak pilih mana satu. Sama ada AVENT atau MADELA.
Nak try beli Madela Single Breast Pump ni dulu. Belajar dari  kesilapan sbb masa kakak  Nia ari beli  yang elektrik dan manual sekaligus tapi tak guna pun. Sebab tiada pengeluaran susu. So moral of the story beli yang biasa2 jer dulu. Klu pengeluaran susu produktif baru beli yang lebih bagus. 

Avent ni pun cam best jugak. Tp peringkat permulaan ni kena beli yang Philipd AVENT Manual Breast Pump

6. Set Berpantang Amway
Berpantang kali ini decide nk guna set bersalin AMWAY. Masa kakak Nia dulu aku amik Nono Roguy. ok jugak NR. Tp tak semua produk dia aku guna. Paling best guna pun phytonatal. Lepas guna baru tau keberkesanannya camner. Yang best nya dia sekali dengan bengkung. Panjang smpi lutut. 



LAIN-LAIN

?
?
?
?
?
?
?
?











Friday, 2 November 2012

Pengorbanan Seorang Anak

Lama dah jari2 ni tak menari di keyboard  ni. Tak der apa yang nak di sharenya.

Mmg dpd awal en hubby dah bgtau raya haji tahun ni tak balik kg. Aku ikut suami jer. Walaupun tak balik aku apply gak cuti raya 2 hari. Amik cuti nak lepak dengan anak dan suami kat umah. Tiba2 Ahad dapat call dari kg l FIL sakit. Menurut MIL sakitny makin teruk. En hubby decide malam tu jugak balik kg. Dengan tergesa2 kemas bag. Dah 3 bag nak kena kemas. Tambah lak dengan perut yang semakin memboyot dan kakiku dah semakin sembab. Lenguh tak yah citer la. Malam tu jugak gerak balik kg. Daripada tak nk balik raya, balik juga akhirnya.

Raya Haji Jumaat. Aku kena amik cuti Emergency 4 hari. Tak kan nak patah balik KL sedangkan raya dah nak dekat. Kurang lemak dan manis sekiranya kami balik. Lgpun tahun aku dan mek buat korban. Mek happy la leh jumpa dengan mak dia.

Kami balik KL hari Sabtu sebab nak elak jem dan sekurangnya ahad leh la kami rehat sebelum start kerja.
Isnin dan Selasa kerja cam biasa. Tiba2 Selasa malam Rabu dapat oncall dari kampung tok sebelah hubby meninggal. Malam tu jugak rushing balik kg. Walaupun penat balik kg raya tu tak ilang lagi, tp kami gagahi jua. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan sempat kami menatap wajah terakhir jenazah.

Inilah dinamakan pengorbanan. Hari ini hari mereka. Entah esok lusa hari kita pula. Kami doakan yang terbaik untuk ahli keluarga kami.