Wednesday, 21 November 2012

My Lovely Lil JNR

Muka dah kembang semangkuk

First detect aku sakit belakang giler. Badan lak asyik suam2 jer. Mengidam macam2, tapi mengidam benda biasa2 jer. Ingat lagi masa aku kena p outstation pergi kelantan. Naik Air Asia. Dekat2 nak landing baru dia serve makan. Makan dengan laju la. Sampai airport KB dah rasa lain macam. Terus ke hotel. Sampai hotel terus bueeeeekkkk muntah. Sakit kepala tak yah citer la. Kuar makan malam. Balik dr makan muntah lg. Aku asyik duk salahkan Air Asia sbb nak landing br nak serve. Dah la flight rasa terhuyung hayang dah. Aku decide nak makan panadol. Tapi kak chik tak bagi. K.chik risau takut2 mengandung. K.chik pun rasa benda yang sama pening dan rasa nak muntah. Aku rest jer la nk hilangkan sakit kepala. Balik dari kelantan terus check, rupa2 aku result dia positif....Yahoooooooooooooo......melompat kegirangan. Pregnant yang dirancang akhirnya menjadi.

Sejak disahkan mengandung, aku tak sabar2 nak rasa progress baby. Awal peknen biasalah morning sickeness. 4 bulan juga la kena tanggung.  Makan selera tapi muntah balik dan pening2. Masa Rania tu xder morning sickness. Lain anak lain pembawakannya. Tapi aku bersyukur kepada mu bg aku merasa morning sickness. Dugaan mengandung katakan. Mengidam? Tak la sangat. Biasa2 jer. Tapi awal2 peknen suka makan tutty fruity. My hubby dan opismate jd mangsa bawa mak buyung g beli. 

My lil JNR 5 month dah start gerak2. 6 bulan ke atas nak menendang2. Ya allah nikmat tuhan jer tau. Kalau dia tak menendang, risau tahap dewa. Macam2 aku buat suh dia aktif, Pi mandi la, mengaji la, makan la. Bila dah gerak baru la leh bertenang. Mommy senyum genbira. Daddy lak asyik tanya " baby gerak tak ari ni?" .

Sepanjang mengandung ni adalah masalah sikit. HB aku rendah 10.8. Doc suruh banyak makan sayur2 hijau, makan hati dam makanan yang leh naikkan HB la senang citer. Lain masalah xder la sangat. setakat mual muntah tu biasa la. Tp lil JNR ni teruk sikit morning sickness.

Mommy 7 Bulan
Masa 7 bulan ke atas adalah masa dan moment yang paling best. Baby tersangat la aktif asyik mengeras jer kiri kanan? Dalam kepala mula bermain teka teki. BOY or GIRL? Aku tak kisah. Klu boy my hubby la paling suka. Klu gegurl aku aku tak kisah sbb baju2 kakak Nia tak la membazir dan leh main2 dengan kakak. Klu lelaki aku leh shopping baru. So mana2 tak kisah. 

Time ni aku kemaruk jer nak shopping barang baby. Tapi kali ni tak banyak la shopping macam kakak. Top up mana yang patut jer. Tapi bila tengok macam banyak jer. Kalau keluar shopping jer, tak sah tak masuk kedai jual barang baby. Excited macam anak pertama juga. Anak pertama ke kedua ker sama jer, excited menyopping. 

Mommy harap baby sihat. Mommy cuba terbaik menjaga kesihatan baby dan mommy. Mommy nak ank mommy sihat kat dalam. Tak sabar nk jumpa baby 2 bulan lagi. Kakak tiap2 hari cium perut mommy dan said" kakak ayang baby". So sweeettt kakak Nia. We luv u so much dear.


No comments:

Post a Comment