Pengalaman mengandung lebih kurang sama jer dengan anak yg first. Pengalaman bersalin mungkin berbeda...
Seminggu tarikh due aku selalu sakit kat ari2 dan sakit pinggang...Mek cakap mungkin nak bersalin dah tu...Yg merisaukan aku adalah aku dah post date 2 hari...Due aku 28 Jan 2013. Aku siang malam berdoa supaya jangan melepasi tarikh yg doc bg..Tarikh yg doc dah extend iaitu 6 Feb 2013. Aku takoooott kena induce, orang kata cakap sakit induce lebih sakit dari sakit biasa bersalin. Sakit tanpa induce pun macam nak mati rasanya...
31 Jan 2013 aku sangat hepi sebab dah kuar tanda, tapi just lendir sahaja bukan lendir campur darah. Seharian lak tu kuar. Tapi perut tak sakit. Malam tu ajak hubby g tesco beli storage box untuk store. Nak cepat bersalin kena banyak jalan...
1 Feb 2012 jam 6.30 pagi terjaga sbb rasa lain macam, so tgk ada darah campur lendir. Excited sebab tanda yang ditunggu2 sudah tiba sebab aku tak mungkin di induce...Makbul doaku...Pagi siap suh hubby p bli nasi lemak sedap..Makan habis sebungkus terus p hospital.
Mula2 p hospital Serdang, sedeey sbb full. Ada yang menahan sakit duk atas kerusi jer sbb katil full...tak sanggup aku...so misi suh aku g HKL atau Kajang. Dua2 aku tak nak. Aku pilih Putrajaya.Wlpn dia ckp Putrajaya full, aku ttp nak ke sana. Sampai hospital Putrajaya dia langkah bismillah harap2 ada la rezeki aku nak bersalin kat sini. Misi pun cakap full, tp dia nak check dulu. Ok fine, aku rileks jer sbb tak sakit kan....Doc check rupa2 dah 4cm jalan dah buka..Tapi masalahnyer takder contraction...So nak tak diorang terpaksa terima aku sbb jalan dah buka banyak..kan terberanak klu suh aku p Kajang atau HKL.
Doc suh aku terus masuk labor room. Terkejut jugak Hubby dan mek sbb masuk2 nak check jer, tiba2 aku masuk labor room dengan tanpa sakit. Aku sebenarnya mentally tak bersedia, tapi rezeki aku Allah permudahakan urusan aku. Masuk labor room, doc terpaksa drip sbb nak suh ada contraction, boleh la tapi tak sakit sangat...Lepas tu doc pecahkan ketuban kul 12.30pm, maka sakit yang menggila datang kul 1pm...Tuhan sajer yg tau. Aku menggeletar menahan sakit, macam nak putus nyawa, pinggang macam di siat2. Nasib baik hubby teman, sekurang2 nyer dia bagi support. Kul 2 start nak meneran, alhamdulillah 3 kali push lahir lah puteri kami yang diberi nama JAYDRA RAISSA BT J SHALANY. Sakit tadi hilang serta merta bila melihat wajah puteri kedua kami. Alhamdulillah dua2 selamat...Rupa2 nyer baby nak keluar Hari Wilayah 1 FEB. Senang nak ingat besday. Aku bersyukur kehadrat mu Ya Allah kerana permudahkan aku untuk bersalin. Sakit bersalin hanya 1 jam jer...Anak pun cukup sifat dan sihat...
Walaupun bersalin tu sakit yang teramat sangat, tapi tak semua wanita di dunia ini merasai nikmat bersalin. Aku terpilih untuk merasa nikmat ini. Bersalin adalah moment yang paling indah. Lain anak lain pengalaman bersalin.
![]() |
we luv u so much.... |
Sekarang kami ada dua orang puteri yang menyerikan rumha tangga kami JAUZA RANIA dan JAYDRA RAISSA. Kamu la nyawa MOMMY dan DADDY. Kami akan jaga anugerah Allah ini sebaik-baiknya...
No comments:
Post a Comment