Anak dara aku suka sangat makan bubble tea ni. Kalau beli mummy dengan daddy la tukang abiskan air, dia makan bubble tea jer. Kembung dibuatnya. Dia suka la sebab tu aku order. Aku pun suka gak....
So malam tadi, bermulalah agenda memasak bubble tea. Amik masa sejam gak, nak tunggu dia betul-betul masak.
![]() |
Bubble Tea yang belum di masak. Masih mentah |
First time tengok benda alah ni , terkejut beb. Warna coklat bukan hitam ker?. Rupa-rupanya kena masak, baru dia jadi hitam. Banyak cantik, nak terus makan.
![]() |
Ni tengah masak.....warna coklat kehitaman |
Tadaaaaaaaaaaa.....................
![]() |
SIAP!!!11 Dah ready nak makan. |
Milk Tea
Ni resepi dia ...
Cara memasak Bubble Tea Pearl
1 liter pearl = 6 liter air
1. Didihkan air dalam periuk
2. Bila air sudah mendidih, masukkan pearl.
3. Kacau supaya pearl tak melekat antara pearl yang lain
4. Biarkan pearl masak selama 20 minit. Api sederhana
5. Lepas 20 minit, tutup periuk biar pearl masak lagi 5 minit. Api besarkan sikit
6. Bukak tutup periuk. Perhatikan pearl timbul (pearl masih berwarna coklat masa ni. jgn risau). Kalau pearl tu dah timbul dan nampak macam sedikit mengembang, tutup api.
7. Tutup periuk. Biar pearl dalam periuk selama 30 minit.
8. Tengok pearl selepas 30minit. Masa ni pearl dah bertukar warna hitam. Toskan pearl di bawah air paip yang mengalir.
9.Simpan pearl dengan air gula (putih/melaka). Ketahanan 1 hari.
1kg pearl = 1kg gula.
1. JANGAN basuh pearl sebelum rebus ok, sebab kalau dibasuh, hancur berderai pearl tu. kite hanya basuh pearl SELEPAS pearl siap dimasak.
2. Guna periuk yang agak besar supaya pearl tak melekat sesama sendiri semasa merebus.
3. JANGAN simpan pearl dalam peti sejuk! Pearl akan menjadi keras dlm suhu sejuk.
No comments:
Post a Comment