Saturday, 7 January 2012

Full Time Housewife a.k.a Bibik

Hari awal lagi dah bangun....sebab utama mestilah solat subuh kan....Rania pun tak sihat, selsema dan batuk. My mum pun tak sihat juga. Pagi-pagi Rania menangis tak tau punca. Susu tak nak, makan tak nak. Rupanya merajuk dengan daddy sebab seharian daddy tak balik. Semalam dia dah cakap dia duuuu(rindu) kat daddy. So lepas daddy pujuk, peluk, cium baru okey. Anak daddy betul la awak ni Rania. Sebelum keluar pergi pasar mandikan Rania dulu. 

Agenda aku seterusnya pergi pasar. Beli macam-macam untuk stock seminggu. Habis 2 rat terus balik. Barang mahal la sekarang....Tapi nak wat camner nak makan kan? Balik pasar..makan-makan dulu. Lepas makan rush bawak mak pergi klinik. 2jam kat klinik. Ramai giler orang. Macam pergi hospital gomen. Sebab klinik ni biasa bagi ubat yang serasi dengan family kami. 

Balik klinik, bagi mak makan ubat then bagi dia rest. Lauk pauk dan sayur mayur harus dibersihkan dan disimpan dalam fridge. Sebelum agenda mengemas bermula, kita basuh kain dulu. Siap kemas siap la kain tu.

Settle bab tu. Kerja seterusnya ialah kemas rumah. Pantang aku kalau tak sapu lantai...berbekas situ sini. Rania memang suka buat peta. Menyapu then mengemob. Pastu tugas kategori wajib ialah basuh toilet. Geli aku kalau tengok toilet tak bersih.

Mesin basuh dah bising minta keluarkan kain. Sabar okey...i ada tangan 2 jer. So kena sedai kain dulu la. Lepas sidai baju, basuh kain buruk la yer....

Rest jap..layan si kecik main game...Dari tadi duk merayu suh teman dia main games. Tengah syok main games..dia tertidur sebab lalok kot, aku bagi ubat selsema. Leh wat kerja senang hati, kalau tak mengacau kita wat kerja. Sekaki  jer dengan kita. 

Tugas seterusnya ialah masak. Hari ini masak simple sangat. Sebab nyer makanan bekpes yang aku beli kat pasar tani tadi tak berusik lagi lontong, meehun sup, nasi berlauk. Anak, hubby dan my mum tak sihat, dioarang tak der selera nak makan. Menu for lunch simple sajer iaitu lala masak bersos, ayam goreng, celur bendi, ulam daun tenggek burung, goreng ikan tenggiri jeruk taruk bawang dan cili. Perggghhhh.....2 kali tambah beb sebab ada ikan. Mak feveret dia lala. Rania makan ayam goreng dengan kicap. Hubby makan semua....jenis tak memlilih, janji kenyang.

Perut dah full tank. So tak leh tido okey, nanti gemukzzzzzzzzz...So aktiviti seterusnya ialah iron baju kerja hubby dan aku. Nak bakar balik lemak sebelum ia diternak.

Dah boleh rest sepuas-puasnya. Layan Rania, layan tv, layan games, layan cd. Malam sure la layan bola. Kelantan vs Negeri Sembilan. 

Alhamdulillah...kerja rumah settle. Paling happy my mum dan Rania getting better lepas amik ubat. 

Esok.....ringan la sikit kerja. sebab banyak dah settle ari ni. Hari ini hari nak hangout dengan family. 


No comments:

Post a Comment