Wednesday, 21 November 2012

My Lovely Lil JNR

Muka dah kembang semangkuk

First detect aku sakit belakang giler. Badan lak asyik suam2 jer. Mengidam macam2, tapi mengidam benda biasa2 jer. Ingat lagi masa aku kena p outstation pergi kelantan. Naik Air Asia. Dekat2 nak landing baru dia serve makan. Makan dengan laju la. Sampai airport KB dah rasa lain macam. Terus ke hotel. Sampai hotel terus bueeeeekkkk muntah. Sakit kepala tak yah citer la. Kuar makan malam. Balik dr makan muntah lg. Aku asyik duk salahkan Air Asia sbb nak landing br nak serve. Dah la flight rasa terhuyung hayang dah. Aku decide nak makan panadol. Tapi kak chik tak bagi. K.chik risau takut2 mengandung. K.chik pun rasa benda yang sama pening dan rasa nak muntah. Aku rest jer la nk hilangkan sakit kepala. Balik dari kelantan terus check, rupa2 aku result dia positif....Yahoooooooooooooo......melompat kegirangan. Pregnant yang dirancang akhirnya menjadi.

Sejak disahkan mengandung, aku tak sabar2 nak rasa progress baby. Awal peknen biasalah morning sickeness. 4 bulan juga la kena tanggung.  Makan selera tapi muntah balik dan pening2. Masa Rania tu xder morning sickness. Lain anak lain pembawakannya. Tapi aku bersyukur kepada mu bg aku merasa morning sickness. Dugaan mengandung katakan. Mengidam? Tak la sangat. Biasa2 jer. Tapi awal2 peknen suka makan tutty fruity. My hubby dan opismate jd mangsa bawa mak buyung g beli. 

My lil JNR 5 month dah start gerak2. 6 bulan ke atas nak menendang2. Ya allah nikmat tuhan jer tau. Kalau dia tak menendang, risau tahap dewa. Macam2 aku buat suh dia aktif, Pi mandi la, mengaji la, makan la. Bila dah gerak baru la leh bertenang. Mommy senyum genbira. Daddy lak asyik tanya " baby gerak tak ari ni?" .

Sepanjang mengandung ni adalah masalah sikit. HB aku rendah 10.8. Doc suruh banyak makan sayur2 hijau, makan hati dam makanan yang leh naikkan HB la senang citer. Lain masalah xder la sangat. setakat mual muntah tu biasa la. Tp lil JNR ni teruk sikit morning sickness.

Mommy 7 Bulan
Masa 7 bulan ke atas adalah masa dan moment yang paling best. Baby tersangat la aktif asyik mengeras jer kiri kanan? Dalam kepala mula bermain teka teki. BOY or GIRL? Aku tak kisah. Klu boy my hubby la paling suka. Klu gegurl aku aku tak kisah sbb baju2 kakak Nia tak la membazir dan leh main2 dengan kakak. Klu lelaki aku leh shopping baru. So mana2 tak kisah. 

Time ni aku kemaruk jer nak shopping barang baby. Tapi kali ni tak banyak la shopping macam kakak. Top up mana yang patut jer. Tapi bila tengok macam banyak jer. Kalau keluar shopping jer, tak sah tak masuk kedai jual barang baby. Excited macam anak pertama juga. Anak pertama ke kedua ker sama jer, excited menyopping. 

Mommy harap baby sihat. Mommy cuba terbaik menjaga kesihatan baby dan mommy. Mommy nak ank mommy sihat kat dalam. Tak sabar nk jumpa baby 2 bulan lagi. Kakak tiap2 hari cium perut mommy dan said" kakak ayang baby". So sweeettt kakak Nia. We luv u so much dear.


Monday, 19 November 2012

HB oh HB

Darah Merah

Bila mengandung macam2 dugaan. Dugaan second pregnancy ialah low hemoglobin. Dalam fikiran macam2 pikir takut effect baby jer. Aku kena HB rendah masa 5 bulan peknen, 10.8. Doc suruh ambil 2 pil iron. Aku on off amik. Checkup masa 6 bulan 10.5. Risau makin bertambah sbb HB makin turun. Mula la mengelupur. Masa ni baru pasang niat bersungguh nak naikkan HB. Aku  muka makan hati ayam, lembu, paru, bayam, susu x pernah miss la, keju. Apa yang org cakap aku amik jer. Janji HB aku naik. 

19.11.2012 checkup aku 7 bulan minggu ke 30. Berdeabr jer tunggu result. Tp ms nurse amik darah kat jari tengok mcm pekat jer sikit. Masa tu doa banyak supaya takder lagi  masalah HB. Alhamdulillah syukurNYA bila doc ckp" HB awak dah naik, cantik HB awak 12.2". So lepas ni aku tak yah dah nak amik 2 biji pil iron tu. Aku kena kawal juga pemakanan aku supaya HB tak turun dah. Harap sejarah tak mungkin berulang.

Mommy sanggup buat apa sajer demi mu sayang. JANJI  kamu sihat didalam. Mommy nak bby membesar dengan baik tanpa sebarang masalah. 

Thursday, 15 November 2012

Check list Barang Baby

Walaupun dah ada barang2 kakak, tp aku tetap nak bli baru jugak untuk my Lil JNR. Tapi beli tak banyak mcm kakak nia la. Kakak Nia sbb dia yang first semua nak kena beli. Lil JNR ni banyak guna kakak punya.

Guna kakak Nia punya:

  1. Baju lengan pendek/panjang
  2. sarung tangan/kaki
  3. lampin
  4. barut
  5. kain bedung
  6. baby cot

Tambahan (sikit jer):

  1. Baju lengan pendek/panjang
  2. sarung tangan/kaki
  3. lampin/pampers
  4. barut bayi
  5. kain bedung
  6. tuala mandi
  7. bakul pakaian
  8. tikar getah bayi
  9. mandian

Antara barang WAJIB yang nak kena beli;

1.Tilam dari Bumblee Bee
2.Tilamkabu (Dah beli,)

3. Mandian Eubos 
(Mandian wajib untuk anak-anak, mmg terbaik. Walupun tak der aczema aku guna dari rania lahir smpi skrg. Rania dari lahir smpi skrg tak pernah kena aczema. So my lil JNR pun aku nak guna Eubos jugak. 



4. Botol Susu
Planning nak beli botol susu pigeon peristaltic Plus ni.  Banyak kes baby tersedak susu. Susu tak akan meleleh keluar kalau bby tak hisap. Dia hanya keluar bila bby hisap jer. Kena juga pemantauan. Cuma kita minimize kan lelehan susu tu jer la, takut tersedak. Ta guna beli botol cantik dan canggih kalau puting tak sesuai. Harga pun berpatutan. Tak silap dalam RM55 160ml.  Masa kakak Nia tak der lagi botol ni. Kakak hanya guna puting dari pigeon jer yang saiz X dan L. Pigeon mmg the best la setakat ni. Botol lain guna jugak tapi tak sekerap Pigeon. 

Pigeon Peristaltic Plus


Botol ni dah lama berkenan. Tp kakak Nia tak suka sbb tak train dia dari bby lagi. So my lil JNR ni akan ku try guna. Botol susu ni biasa la ada BPA free, anti colic dan yang paling aku suka ialah susu keluar bila baby hisap. 

Tommee Tippee

5. Breast Pump
Masih dalam dilema nak pilih mana satu. Sama ada AVENT atau MADELA.
Nak try beli Madela Single Breast Pump ni dulu. Belajar dari  kesilapan sbb masa kakak  Nia ari beli  yang elektrik dan manual sekaligus tapi tak guna pun. Sebab tiada pengeluaran susu. So moral of the story beli yang biasa2 jer dulu. Klu pengeluaran susu produktif baru beli yang lebih bagus. 

Avent ni pun cam best jugak. Tp peringkat permulaan ni kena beli yang Philipd AVENT Manual Breast Pump

6. Set Berpantang Amway
Berpantang kali ini decide nk guna set bersalin AMWAY. Masa kakak Nia dulu aku amik Nono Roguy. ok jugak NR. Tp tak semua produk dia aku guna. Paling best guna pun phytonatal. Lepas guna baru tau keberkesanannya camner. Yang best nya dia sekali dengan bengkung. Panjang smpi lutut. 



LAIN-LAIN

?
?
?
?
?
?
?
?











Friday, 2 November 2012

Pengorbanan Seorang Anak

Lama dah jari2 ni tak menari di keyboard  ni. Tak der apa yang nak di sharenya.

Mmg dpd awal en hubby dah bgtau raya haji tahun ni tak balik kg. Aku ikut suami jer. Walaupun tak balik aku apply gak cuti raya 2 hari. Amik cuti nak lepak dengan anak dan suami kat umah. Tiba2 Ahad dapat call dari kg l FIL sakit. Menurut MIL sakitny makin teruk. En hubby decide malam tu jugak balik kg. Dengan tergesa2 kemas bag. Dah 3 bag nak kena kemas. Tambah lak dengan perut yang semakin memboyot dan kakiku dah semakin sembab. Lenguh tak yah citer la. Malam tu jugak gerak balik kg. Daripada tak nk balik raya, balik juga akhirnya.

Raya Haji Jumaat. Aku kena amik cuti Emergency 4 hari. Tak kan nak patah balik KL sedangkan raya dah nak dekat. Kurang lemak dan manis sekiranya kami balik. Lgpun tahun aku dan mek buat korban. Mek happy la leh jumpa dengan mak dia.

Kami balik KL hari Sabtu sebab nak elak jem dan sekurangnya ahad leh la kami rehat sebelum start kerja.
Isnin dan Selasa kerja cam biasa. Tiba2 Selasa malam Rabu dapat oncall dari kampung tok sebelah hubby meninggal. Malam tu jugak rushing balik kg. Walaupun penat balik kg raya tu tak ilang lagi, tp kami gagahi jua. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan sempat kami menatap wajah terakhir jenazah.

Inilah dinamakan pengorbanan. Hari ini hari mereka. Entah esok lusa hari kita pula. Kami doakan yang terbaik untuk ahli keluarga kami.

Monday, 3 September 2012

Rania Mengisi Kekosongan Masa

Rabbit mata merah
Rabbit adalah permintaan pertama selepas kami pindah. Daddy belikan 2 ekor. 1 Putih 1 kelabu. Sempat sebulan jer. Yang putih ni hilang terus tak balik2. Yang kelabu ni on off balik umah. Lama2 tak balik langsung. Rabbit ni dah besar, mcm tak selesa dah nk letak dia kat dalam, tu yg kami letak dia kat luar. Mula2 merayap dekat2 umah jiran jer. Entah ilang kena curi ker, makan anjing ker, kena langgar ker? Tak per la saper yg  jumpa kami sedekahkan. Jaga rabbit tu elok2. Bagi makan cukup kat dia. 

Kadang2 boleh la main, kalau sellau takut demam
Ni dia mula berkenan dengan kolam ni bila tgk dalam fb mummy. Sejak dari situ hari2 tgk kolam. Hari2 suh mummy buka fb. Kesian lak tengok. Kolam  dah ada, tp yg biasa jer la. Mmg agak mahal tapi anak punya pasal kan. Lagi pun dia main depan mata kita. Klu bwk dia g swimming pool mesti dia akan dapat selsema dan demam. 

Masa duk kauters rania tak der peluang nak mandi kolam camni. Umah takder ruang. So bawak dia g sunway lagoon, gambang water park. 

Mula2 excited la main. Lama2 dah tak minat nak main. 


Ni minat bersama anak dan bapak
Bab2 jaga ikan ni daddy yang minat. Ada jer ikan nk beli. Macam2 jenis ikan dia beli. Nak tgk dalam kolam tu meriah. Colourful...Mmf canteq. Rania tolong bagi makan jer.  Tapi pelihara ikan ni kena take a risk la. Nak sampai ke tahap ni, dah banyak ekor mati. Memang sayang, macam buang duit jer. Tapi sejak pelihara ikan ni banyak info yg kami tau dan kami perlu tahu. Jaga ikan ni sensitif. Alhamdulillah sekarang dah bertambah baik. 
Hamster saya....


Canteq x hamster saya? Tapi ada sekor jer. Sbb masa beli tinggal sekor ni jer yang bulu lebat. Tapi yang mummy x tahan bila dia tak geli pegang dengan tangan. Eee...geli geleman mummy. Tapi sayang nya sempat 4 hari jer hamster tu kami jaga, dah mati dek kerana dikerjakan rania. Dia paksa hamster tu main, naik turun gelonsor kat dalam sangkat tu. dia lepas hamster dan main kejar2. Last sebelum mati dia mandikan hamster tu. Aduhai la sayang.....macam2 perangai awak Macam2 awak nak cuba. 

Seterusnya......tunggu

Tuesday, 28 August 2012

Raya 2012

Anak, natu, cucu
Tahun ni merupakan tahun keempat beraya dalam keluarga ni. Tahun ni juga merupakan tahun ketiga bagi Rania sambut eidul fitri. Tapi yang beza nyer tahun ni kami beraya berempat termasuk baby dalam peyut. Insyaallah tahun depan kita beraya berempat secara zahirnya.

Nak cerita tema. Kami kuar dari tema. Asalnya memang nak biru. Tapi last kaler yang dipilih oleh bapa mertuaku ialah kaler gold. Kami dah awal2 tempah teruskan jerla kaler biru ni. Tu yang ketara sangat kaler nyer. Tapi tu tak penting, yang penting ialah hari meraikan kemenangan di hari raya. Kami anak beranak dapat berhimpun di pagi raya.

Puak tino sajo


Tuesday, 14 August 2012

Kedai Makanan MZ Darulnaim

Dah lama kau teringin nak makan kat MZ kg baru ni. Tapi  tidak berkesempatan. Tambah lak dah pindah Salak Tinggi. Tak kan semata-mata nak makan nak g sana. Tak berbaloi. Masa  mengandungkan Rania, memang suka sangat makan kat sini. Lauk dia kena dengan selera kita. Masakan lauk pauk kelate. Kuih2 kelate pun ado. Gapo nok ado belako.

Semalam husband call cakap takyah masak sebab dia dah beli lauk. Tengok ayam percik dia dah tau mesti MZ. Hubby mengesahkan memang dia beli kat MZ. Selera giler makan berbuka semalam. Menu baru dari MZ ialah kerabu ulam.
Terletak d MZ Darulnaim is located at Lorong Haji Hussien 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

Tadaaaaaaaaaa...tengok lauk pauknya.

Menu wajib beli. Ayam percik kuah putih.

Gulai kawah pun wajib beli.

Ni kerabu..Memang sedap la makan dengan nasi panas2.

Orang kelate panggil nek bab. Manis la sikit...Kelate jah ado kuih ni. 

Ni kalau tak 5 plastik beli tok soh. Akok dio banyak telur.

Ni kuih lompat tikam...Pun sedap. Kalau nak makan ni kena balik kelate la gamak nyer.


Alhmadulillah dengan menu2 ni. Terima kasih kasih b kerana menyajikan makanan2 ini yang sudah lama teringin. Akhirnya dapat juga. 

Tahun Ni Pecah Rekod Tak Ke Pasar Ramadhan

Alhamdulillah tahun ni kami berjaya tidak menjejaki tapak pasar ramadhan. Tak perlu merebut nak membeli juadah. Hari-hari masak, walaupun lauk simple tapi perut kenyang. Tak semestinya lauk meriah baru nak kenyang. Kalau ada ikan kering makan dengan nasi panas pun ok jugak. Kuih yg selalu buat ialah buah melaka.

Jiran-jiranku suka sgt bagi makanan. So tak kan nak balas pinggan kosong kan. So apa2 menu un mesti kena buat lebih. Kalau beli tak mampu la aku nak pass kan. Kalau jiran kiri bagi, jiran kanan pun kena la bagi gak. 

Kami kalau tak masak, kami buka kat luar. Sepanjang puasa ni, kami 3 kali buka kat luar. First dekat Pekan Salak. Makan dengan pekerja2 bengkel suamiku. Tak la ramai tapi meriah. Kedua kami celebrate ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4. Alhamdulillah dengan kehadiran puteri sulung, menyerikan lagi rumah tangga kami. Kami raikan hari bersejarah kami di Gold Coast Sepang. View sgt cantikkkkkk.....sgt. G makan2 terus balik jer. Nak stay kat sini kena spend lebih kurang RM500 1 malam. Bilik paling murah. Insyaallah. 


Diantara menu berbuka. Meriah tengok lauk pauk yang terhidang. Tapi banyak mana jer mampu nak makan masa buka. Meratah lauk je la kerja. 

Hari ketiga buka puasa kat luar last week buka puasa kat restauran depan bengkel kami. Ok la makan kat situ. Tapi service lambat. 

Esok dah nak balik kampung.....buka kat kampung lagi meriah sebab semua ada. Buka dengan family.

Thursday, 2 August 2012

Morning Sickness

Mula diserang morning sickness dari awal mengandung. Aku tak pernah merasa morning sickness macam ni masa mengandungkan rania.Time mengandung rania langsung takda alahan. Tup2 tahu mengandung 2 bulan. Yang ni asyik makan jer muntah. Pening tak sangat. Sampai lembik badan. Tapi nasib baik gagah jugak pergi kerja sebab cuti tak banyak tinggal. Lagi sakit belakang macam nak patah jer rasa. Biasa time 8 dan 9 bulan rasa sakit pinggang. Nak urut tak boleh...Nasib baik mak ada tolong usap2 gosok2. minyak pun aku takut nak  sapu, takut panas. walaupun keadaan macam ni aku tak pernah miss minum susu. Setakat mengandung 3 bulan lebih ni hampir 10 kotak dah susu aku minum.




tapi aku bersyukur sebab gejala ni berlaku dalam masa 2 bulan sajer.  Mungkin DIA nak beri kesihatan kepadaku untuk menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah setakat 2 minggu puasa ni leh puasa dengan jayanya. Pagi jer rasa pedih perut dan ulu hati. pastu dalm kul 11 ke atas dah kembali seperti sediakala.

masa ni tak la mengidam makanan pelik2. Masa ni paling suka tutty fruity dan salad tamato + thounsand island.

Wednesday, 4 July 2012

Pemberian Harta Paling Bernilai

Kami bersukur kepadamu ya allah satu lagi pemberian rezeki kepada kami. Rezeki kami berganda tahun ni..Mula2 aku naik pangkat, pastu dah leh duduk rumah sendiri dan yang ketiga tadaaaaaaaaaaa...aku pregnant. Alhamdulillah....rupa2 rezeki2 ini yang engku berikan untuk kami bg keselesaan kepada anak-anak kami. Engkau lebih maha mengetahui. 

Mengandung kali aku di uji dengan morning sickness yang agak teruk sikit. Tapi under control la. Tapi tak per demi baby mummy sanggup hadapi ni semua. Daddy dan kakak nia dan tok mek banyak membantu..Kakak nia selalu usap, kiss peyut mummy dan cakap2 dengan baby. Lain anak lain caranya kan...

Mengidam???

Durian Kampung


Sedapnya chocolate dan red velvet..

So far takder benda pelik2 yang aku mengidam. Setakat ni aku suka makan tutty fruity. Dalam seminggu mesti wajib. Dulu suka sgt western, kali ni tak sangat la. Biasa2 jer. Paling latest mengidam nak makan durin kampung...Nasib baik senang cari.

Nak compare dengan Rania dulu jauh beza. Rania dulu vey the western ocay....Kenny Rogers, Secret Recipe, Shushi King, KFC....Nasib baik daddy melayan kan...

Kat SINI jugak nak ucapkan terima kasih sangat kat bos sebab memahami keadaan saya. Oleh kerana kandungan masih awal, so nak travel jauh2 tak boleh lagi. So pergi yang dekat2 jer. 

Saturday, 23 June 2012

Kerja Di Tempat Baru

Dah sebulan lebih aku kat BPAM. Tapi sejak masuk tempat baru ni aku dah tukar waktu pejabat. Dah tak masuk 7.30 dah. Skrg masuk 8.30, reasonnya..umah dah dekat, jalan tak jem dan aku ada masa panjang untuk siapkan tugasan. Duk BPAM tak mcm duk opiz lama. Kalau buku paling cepat pun kena siapkan dalam 2 week. Kat sini hari-hari kena hantar laporan. Tapi aku enjoy la. So far alhamdulillah rezeki aku di sini. Banyak benda baru yg aku belajar. 

Sebelum aku masuk sini, mcm2 dgr citer pasal BPAM. Semua negatif. Tak membantu betul. Tak kan aku nak duk pdn smpi pencen. Orang duk ckp  BPAM stress, banyak kerja. Aku rasa kat mana-mana pun banyak kerja. Kat mana-mana pun ada masanya balik lewat. Kerja pun kena lebih, klu naik pangkat tapi nak wat kerja 27, fikir-fikir la....

Tapi lain daripada yang lain nyer aku kena p meting setiap hari isnin malam. Meeting bersama KSU dan ahli media. 

Kerja aku kat BPAM biasa2 jer. Aku desk officer untuk program Jelajah Isu Negeri. My baby sekarang. Sekarang program sedang berlangsung. Harap2 semua berjalan dengan lancar. Kerja hari2 biasalah kena baca paper wajib Berita Harian Dan Sinar Harian. Paper pembangkang Harakah dan Keadilan. Selain itu kerja aku memantau blog2 pembangkang. So hasil bacaan, aku kena buat isu, menganalisis isu dan intervensi. Kononnya isu2 yang menjejaskan imej kerajaan la.

Tuesday, 5 June 2012

Rezeki Di Tahun 2012

Alhamdulillah kami memanjat kesyukuran  kepada mu Ya Allah kerana berikan kami rezeki yang tidak ternilai harganya.

Awal march, di suatu petang hubby buat surprise. Ada sekeping surat cinta di tangannya...Dengan rakus aku terus membaca patah demi patah...TAWARAN PEGAWAI PENERANGAN S41 KE JAWATAN TETAP. Alhamdulillah penat lelah aku selama ni berbaloi. Nak dapat bukannya senang. Kena p exam JPA, assesment dan interview...akhirnya apa yang diingi dapat ku gengam jua. Rezeki kami anak beranak. 

29.03.2012 adalah tarikh melapor diri dan tarikh perlantikan aku sebagai s41. Ramai pengambilan baru dalam 55 orang. 10 orang yg sudah berkhidmat di jabatan (termasuk aku).

02.04.2012 hingga 10.04.2012 aku kena p kursus asas. Nasib baik la buat kat Vistana Hotel KL. Aku ulang alik jer g kelas. Last day berkursus dapat good news lagi.

Tadaaaaaaaa....dapat kunci rumah. Double triple excited. Balik dari kursus terus packing barang nak pindah..Penat kursus dah hilang sebab hati dah berbunga-bunga. Pindah mmg penat tp seronok.
Terima kasih buat kawan2 hubby kerana banyak tolong kami semasa pindah.

Aku nak cuti tak boleh sebab aku tanggung kerja kawan opiz aku yang cuti bersalin. Aku tak boleh cuti selama 28 hari berturut-turut. 

Nak jadikan cerita genap 28 hari. Konon aku dah boleh cuti, Tapi surat penempatan dah kuar...Aku kena melaporkan diri Bahagian Analisis dan Pengurasan Maklumat (BPAM), tingkat 29. Aduhai tension betul la....Aku mintak tangguh lapor diri, tp tak boleh sbb konon nak dekat pilihan raya dah kan.... So aku kena akur, sbb aku dah terima jawatan tadi kan...SYMP. 

Banyak lagi nak berceloteh....nnt sambung



Rindu....

Dah lama tak berblogging....sibuk menguruskan macam2 hal....Untuk sentiasa update selalu la kena korbankan sedikit masa. Ada reason sbb lama tak berblog + kerja banyak + travel kerja pun dah jauh...

Bulan Februari aku sibuk uruskan hal rumah...kena settlekan dekat BPH. Nak berkejar ker pejabat peguam lagi...pejabat tanah. Kami wajib settlekan semua. Biasa pemaju yang uruskan. Lagi cepat settle lagi cepat leh duduk.

Alhamdulillah dalam 1 minggu loan dah lulus, geran tanah ok dan urusan lawyer dah settle...

Tuesday, 31 January 2012

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim



1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Sunday, 8 January 2012

Small Gathering


Semalam pergi umah anak buah kat subang perdana. Sajer jalan-jalan sebab my sis datang dari kampung nak anta anak buah aku masuk u. Lama tak jumpa, mis her. Nama pun adik beradik kan. So lunch kat sana, walaupun simple tapi yang penting aku 2 kali tambah. Aku memang jenis tak makan nasi banyak, Tapi semalam macam bukan diriku. Sama naik dengan laki. Tambah lak ada ikan masin dari kelatan. Walllahhhhhhhhh..best sanagat. Naik badan aku, aku cari Nurul Syuhada okey. Apepun thanks sebab sediakan lunch untuk kami.  Banyak juga buah tangan dari kakakku, ikan masin, beras pulut + ragi (tapai), keropok lekor....

Afia Amani
Jauza Rania 

Yang paling happt anak dara aku la. Duk main dengan 2 pupu dia. Aku dah pangkat nenek sedara  tau. Anak buah aku dah anak. Menangis nak ikut kami balik. Dia pun nangis sebab tak kasi amani ikut kami balik. Nanti kita jumpa lagi yer shayang......Dia suka la ada kawan. Orang tak biasa ada kawan kan....bila dapat kawan, tak ingat. 

Short time tapi enjoyyyyyyy................................

Saturday, 7 January 2012

Full Time Housewife a.k.a Bibik

Hari awal lagi dah bangun....sebab utama mestilah solat subuh kan....Rania pun tak sihat, selsema dan batuk. My mum pun tak sihat juga. Pagi-pagi Rania menangis tak tau punca. Susu tak nak, makan tak nak. Rupanya merajuk dengan daddy sebab seharian daddy tak balik. Semalam dia dah cakap dia duuuu(rindu) kat daddy. So lepas daddy pujuk, peluk, cium baru okey. Anak daddy betul la awak ni Rania. Sebelum keluar pergi pasar mandikan Rania dulu. 

Agenda aku seterusnya pergi pasar. Beli macam-macam untuk stock seminggu. Habis 2 rat terus balik. Barang mahal la sekarang....Tapi nak wat camner nak makan kan? Balik pasar..makan-makan dulu. Lepas makan rush bawak mak pergi klinik. 2jam kat klinik. Ramai giler orang. Macam pergi hospital gomen. Sebab klinik ni biasa bagi ubat yang serasi dengan family kami. 

Balik klinik, bagi mak makan ubat then bagi dia rest. Lauk pauk dan sayur mayur harus dibersihkan dan disimpan dalam fridge. Sebelum agenda mengemas bermula, kita basuh kain dulu. Siap kemas siap la kain tu.

Settle bab tu. Kerja seterusnya ialah kemas rumah. Pantang aku kalau tak sapu lantai...berbekas situ sini. Rania memang suka buat peta. Menyapu then mengemob. Pastu tugas kategori wajib ialah basuh toilet. Geli aku kalau tengok toilet tak bersih.

Mesin basuh dah bising minta keluarkan kain. Sabar okey...i ada tangan 2 jer. So kena sedai kain dulu la. Lepas sidai baju, basuh kain buruk la yer....

Rest jap..layan si kecik main game...Dari tadi duk merayu suh teman dia main games. Tengah syok main games..dia tertidur sebab lalok kot, aku bagi ubat selsema. Leh wat kerja senang hati, kalau tak mengacau kita wat kerja. Sekaki  jer dengan kita. 

Tugas seterusnya ialah masak. Hari ini masak simple sangat. Sebab nyer makanan bekpes yang aku beli kat pasar tani tadi tak berusik lagi lontong, meehun sup, nasi berlauk. Anak, hubby dan my mum tak sihat, dioarang tak der selera nak makan. Menu for lunch simple sajer iaitu lala masak bersos, ayam goreng, celur bendi, ulam daun tenggek burung, goreng ikan tenggiri jeruk taruk bawang dan cili. Perggghhhh.....2 kali tambah beb sebab ada ikan. Mak feveret dia lala. Rania makan ayam goreng dengan kicap. Hubby makan semua....jenis tak memlilih, janji kenyang.

Perut dah full tank. So tak leh tido okey, nanti gemukzzzzzzzzz...So aktiviti seterusnya ialah iron baju kerja hubby dan aku. Nak bakar balik lemak sebelum ia diternak.

Dah boleh rest sepuas-puasnya. Layan Rania, layan tv, layan games, layan cd. Malam sure la layan bola. Kelantan vs Negeri Sembilan. 

Alhamdulillah...kerja rumah settle. Paling happy my mum dan Rania getting better lepas amik ubat. 

Esok.....ringan la sikit kerja. sebab banyak dah settle ari ni. Hari ini hari nak hangout dengan family. 


Thursday, 5 January 2012

Bubble Tea Pearls

Rabu (04.01.2012) order bubble tea. Order online okey. Tapi tak jauh pun kedai tu, kat tingkat 9 sama opiz gak. Khamis( 05.01.2012) dah dapat order. Excited.....

Anak dara aku suka sangat makan bubble tea ni. Kalau beli mummy dengan daddy la tukang abiskan air, dia makan bubble tea jer. Kembung dibuatnya. Dia suka la sebab tu aku order. Aku pun suka gak....

So malam tadi, bermulalah agenda memasak bubble tea. Amik masa sejam gak, nak tunggu dia betul-betul masak.

Bubble Tea yang belum di masak. Masih mentah

First time tengok benda alah ni , terkejut beb. Warna coklat bukan hitam ker?. Rupa-rupanya kena masak, baru dia jadi hitam. Banyak cantik, nak terus makan.
Ni tengah masak.....warna coklat kehitaman

Tadaaaaaaaaaaa.....................


SIAP!!!11 Dah ready nak makan.


Milk Tea 



Ni resepi dia ...


Cara memasak Bubble Tea Pearl

1 liter pearl  = 6 liter air

1. Didihkan air dalam periuk
2. Bila air sudah mendidih, masukkan pearl.
3. Kacau supaya pearl tak melekat antara pearl yang lain
4. Biarkan pearl masak selama 20 minit. Api sederhana
5. Lepas 20 minit, tutup periuk biar pearl masak lagi 5 minit. Api besarkan sikit
6. Bukak tutup periuk. Perhatikan pearl timbul (pearl masih berwarna coklat masa ni. jgn risau). Kalau pearl tu dah timbul dan nampak macam sedikit mengembang, tutup api.
7. Tutup periuk. Biar pearl dalam periuk selama 30 minit.
8. Tengok pearl selepas 30minit. Masa ni pearl dah bertukar warna hitam. Toskan pearl di bawah air paip yang mengalir.
9.Simpan pearl dengan air gula (putih/melaka). Ketahanan 1 hari.

1kg pearl = 1kg gula.

1. JANGAN basuh pearl sebelum rebus ok, sebab kalau dibasuh, hancur berderai pearl tu. kite hanya basuh pearl SELEPAS pearl siap dimasak.
2. Guna periuk yang agak besar supaya pearl tak melekat sesama sendiri semasa merebus.
3. JANGAN simpan pearl dalam peti sejuk! Pearl akan menjadi keras dlm suhu sejuk.

Tuesday, 3 January 2012

Fruit Cocktail



Fruit Cocktail

Buat Fruit cocktail untuk pot luck kat  opiz.  Fruit cocktail yang simple-simple sajer. Senang jer buat pun, masuk jer semua bahan. Kacau-kacau siap! Tapi tak leh amik manyak sangat sebab muak. Mula la nak memuntahkannyer.....





KPI 2011


JNR AUTO SRVICES 

BENGKEL- Bengkel JNR Auto Services makin stabil. Dapat pomen yang bagus.  Alhamdulillah, bengkel salah satu punca rezeki keluarga kami. Dapat tender situ sini. Malahan telah dinyatakan dalam Hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan. Genap sudah 3 tahun bengkel kami, dah buat majlis kesyukuran  ari tu. Harap business kami mendapat keberkatan daripadaNYAPerniagaan adalah salah satu cabang mencari rezeki semoga dipermudahkan jalannya.

Angle tepi umah..... kolam yang takder ikan....sajer wat temapt release tension

RUMAH - Lagi satu rezeki kami ialah dapat menambah aset yg ketiga. Start servey awal tahun tahun. Macam2 benda nak kena settle. Urusan peguam, pejabat tanah, pejabat penilaian. Amik masa setahun gak la. Tapi still on progress la ni. Insyaallah tahun ni duk pindan sana. Sampai bila nak duk kuaters kan. Dah 3 tahun kami duk sana, nak gak merasa duk umah sendiri. Sebelum ni dah beli dah 2 buah, tapi dua2 bagi sewa. Boleh la wat side income kan, sekaligus buat aset. 

KERETA - Tambah gak la, tapi kereta kecil-kecilan. Tak kan nak beli BM nak letak bengkel kan. Baik aku pakai. Beli kereta bukan untuk kami tapi beli untuk bengkel. Untuk kesenangan mereka beli barang bengkel kan. Nak gerak situ sini. Kata untuk bengkel, tapi aku rembat jer wat g kerja atau ke mana. Best bawak si kancil ini. Save sangat2. Minyak save, senang parking. Hubby dah totally modified. Dah berwajah baru. Yang penting autostart dan safety lock. Semua wat kat bengkel sendiri. Saper2 nak repair kereta dan modified kereta datanglah ke bengkel kami yer atau layari  http://jnrautoservices.blogspot.com

Anak dara mummy dah 2 tahun 6 bulan....


ANAK - Anak baru sorang. Jauza Rania Bt J Shalany nama diberi. Kejap jer dah besar dah nak masuk 3 tahun dah anak mummy. Bebelan lak semakin banyak. Satu tanya 10 dia jawab. Banyak soalan dr jawapan. Kehadiran dia menyerikan lagi hidup kami. Nak tambah??? insyaallah kalau ada rezeki...

LAGI??????

Sambung tahun 2012 ni lak....Semoga dia memberi rezeki kepada kami sekeluarga. 




Sunday, 1 January 2012

Yeaaaa..dapat present

Last week dapat surprise from hubby...happy sesangat. Dapat aper......

Tadaaaaaaaaa......

samsung...
Kebetulan the same day tel aku rosak. Macam tau2 jer kan....Ni tel yang ke 5 hubby belikan. 2 Rania dah rosakkan. 1 Rania hilangkan. 1 memang dah uzur dah pun. Harap2 yang di lama la bersama tuannya....

Hubby pun beli sama, tapi dia advance sikit la....

Samsung Galaxy Tab
Hubby memang memerlukan phone ini. Phone ini banyak membantu dalam kerja dia seharian. 

Thank a lot b. Luv u so much.......